Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

salam maal hijrah

Alhamdulillah....dah masuk thn baru... dah lama tak menulis di blogku ini. Rindu juga... Maklumlah seminggu agak sibuk dengan pelbagai perkara yg berlaku tiba-tiba plak tu... Sempena thn yg baru, ada azam baru, ada semangat baru.. hrp2 impian yg byk itu dpt ditunaikan... yg pntg impian utk menjadi muslimah yg lebih baik tercapai.. Utk blog ini, hrpnnya tulisan aku kelak lebih berilmu.. menulis adalah jiwa aku utuk melontarkan rasa.. impian ku moga2 ia sampai kpd hati sesiapa yg membaca...

biarla aku menjadi bintang

Biarla aku menjadi bintang Tika mereka memuja sang bulan... Aku rela menjadi bintang Walaupun bulan cantik dipandang Walaupun bulan cahayanya berseri Namun cahayanya hanya pinjaman Aku rela menjadi bintang Yang hidup dengan cahayanya sendiri Daripada sang bulan yang meminjam cahaya Dari matahari Aku rela menjadi bintang Walaupun bintang tampak hilang Dalam sinar sang bulan Aku rela menjadi bintang Walaupun sinarnya terbias Oleh sinarnya sang bulan Aku rela menjadi bintang Walaupun mereka terpedaya Dengan keindahan sang bulan Aku rela menjadi bintang Walaupun sinarku tenggelam Dalam gemerlapan sang bulan Biarla mereka memuja sang bulan Aku takkan menangis kerana mereka Aku masih percaya Dalam ramai yang memuja sang bulan Pasti ada yang merindu si bintang AKu masih percaya Dalam kagumnya mereka pada sang bulan Pasti ada yang menghargai si bintang Dan dalam sebanyaknya bintang Biarla aku menjadi kejora...

mencintai tak semestinya memiliki...

mencintai tak semestinya memiliki..... sudah ku sematkan dalam hati soal hati tidak perlu mengharapkan apa-apa balasan soal hati, perasaan semuanya milik Allah Soal ketentuan itu milik Tuhan Jika kita ikhlas memberi Allah itu Maha Mengetahui Maka hati harus dididik Untuk belajar bersyukur Dengan apa yang dinikmati Ikhlas memberi kasih sayang Ikhlas menyayangi Tidak perlu mengharapka balasan Kerana hidup memberi itu sangat indah Hati menjadi lebih tenang Jika orang yang disayangi tidak memberi seperti kita Kita tidak merasa kecewa Kerana kita ikhlas memberi Jika orang disayangi menyayangi orang lain lebih dari kita Kita tidak akan berduka Kerana kita ikhlas memberi

Ya Allah aku rasa sayu...........

Ya Allah...aku terasa sayu.. sungguh...entah kenapa aku merasa seperti ingin menangis.. aku tahu..ini semua ujianMu buat hambaMu menguji sejauhmana ketabahanku.. Aku redha Ya Allah... Namun aku mohon Berila petunjuk padaku "Allah Engkau dekat, penuh kasih syg.... takkan prnh Kau mmbiarkan hambaMu menangis.. kerana kemurahanMu dan kasih sygMu.. Hanya bila diriMu ingin nyatakan cinta pada jiwa jiwa yg rela didakap kasihMu Kau yg selalu terjaga..yg memberi segala..... Di setiap nafas, di setiap waktu semua bersujud memuji asmamu Kau yg selalu terjaga..yg memberi segala Setiap makhluk bergantung padaMu Dan bersujud semesta untukMu setiap wajah mengambar cintaMu cahayaMu"

berhenti mengejar

bolehkah? aku ingin berhenti mengejar aku ingn berhenti berlari tapi mengapakah.. setiap kali aku memutuskan itu pasti ada tanda yang menghalang mengapakah.. aku tertanya-tanya sendiri sungguh aku sudah penat mengejar aku ingin berhenti tapi mengapa ia pasti terhalang tolongla izinkan aku bernafas izinkan aku tenang dalam damainya hati aku inginkan kekuatan supaya aku dapat berhenti dari mengejar bayangan dari mengejar anganan yang patinya tidak pasti izinkan aku untuk berhenti mengejar p/s: kalau ada yg tau betapa penatnya mengejar dan berlari

coretan hati

Bila kita hanya perlu menyimpan prsaan di dalam hati.. terasa betapa terbebannya hati itu. Hati terlalu kecil untuk memikul beban prsaan yg besar.. Aku sering tertanya-tanya kenapala tinggi sangat sebuah harapan.. Kenapala kadang2 kerap benar hati menangis.. untuk perasaan yang tak pasti... Sungguh hati ini sudah penat... Dengan pengisian-pengisian perasaan yang masih terawang-awang Tapi entah kenapa hati ini terus-terusan berdegil untuk melepaskan perasaan itu pergi... kenapa jauh di sudut hati, masih mengharapkan sinar dihujungnya.. Beruntungla kepada pemilik nama itu kerana bertahun-tahun namanya masih di hati.. Walaupun aku tidak tau dimana keberadaannya kini... Tapi malangla untuk hati ini.. kerana terus terbuai dengan kebodohan sendiri.. Aku ternanti-nanti bila lagi aku ingin melepaskan pemilik nama itu pergi p/s: Buat pemilik nama itu..semoga berjaya di dalam hidup, walaupun dimana berada, walau apapun yang kamu lakukan....semoga suatu hari nanti aku berjaya...

palestin

Minggu ni dikejutkan dgn serangan israel yg menyerang aktivis yg hntar bantuan ke palestin.. sungguh tiada kata yg dpt dilafazkan untuk memberitahu betapa marahnnya hati ini mendengar berita itu.. tp dlm sibuk berita itu keluar ramai yg tidak mahu ambil peduli.. sedih melihatnya..seolah2 itu perkara biasa bagi mereka.. Tak ada ke sekelumit perasaan mereka betapa berita ini bisa menghancurkan hati kita semua sebagai umat Islam.. Alhamdulillah dlm ramai2 yg tidak peduli masih ada yg mengambil tahu . Biarla bilangannya tak seramai mana tapi cukup melegakan saya ada lagi manusia yg mengambil berat.. Alhamdulillah. Semoga yg masih belum sedar akan cepat2 sedar..

untuk ibuku yg trsayang

lirik lagu yg sentiasa saya dengar setiap kali saya stres. lagu yg mengingatkan saya kepada ibu yg telah banyak bekorban membesarkan saya dan adik-adik. sempena hari ibu, saya lampirkan lagu ini: kelahiran- adi putra: angin meniup seluruh alam semesta terangnya amat menyilaukan pancaindera hanya ibunda sentiasa memuja ikhlas dari lubuk hatiku puspawarna bertahun dah berlalu tinggalkan rasa pilu amat sukar disembuh lagi jadikan ku sayu kelahiran bagiku istimewa ku bersyukur padamu bonda kekusutan akan ku hadapi kerna berjauhan darimu telah sekian lama azimat ibunda- far east langit kirmizi menghantar dirimu menuju jalan pulang hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan wajah berona simpati kau kutatapi buat kali terakhir sedih dan sayu dari kamar atma mengundang air mata hanya rindu dan doa buatmu semoga kau tenang dan bahagia agar syurga menjadi milikmu bukan hanya ditelapak kakimu keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ayah ibu menumpa...

temerloh

ari sabtu baru ni pergi temerloh...antar kawan... cikgu. tinggal kat sana satu malam. yela rumah tu kena dibersihan sebab kotor sangat. bayangkan dahla 2 tingkat. sabar jela.... yg plg best.. ingatkan pergi bolehla baring.. yela dari ipoh ke sana jauh jugak.. last kena buat keje..he..he.. kesian juga kat kawan. termenung je tengok rumah yang kotor dan kosong macam tu. dahla sekolahnya jauh dari pekan. sabar jela ye... nasib baik ajak kitaorang pergi. ada juga org yg nak tolong mengemas.. selamat jadi cikgula ye... tp sebelum tu nak sangat ucapkan terima kasih kat seorang pkck tu.. dia sangat baik pandu kitaorg tunjukkan kitaorang jalan ke sekolah tu. dahla jauh. adalah dekat 30 minit..terima kasih pkck... p/s: itulah first time pergi temerloh... tapi sayang mknn kat sana mahal.

esk cuti..

bestnye esk cuti.. penat betulla keje..rasa mcm robot plak.  bygkanla pagi2 dah bangun... pergi keje sayala yg paling awal..biasanya 7.15 dah sampai (keje gile).  lepas tu balik kul 5.00.  paling kelakar nk punch card tu kena beratur mcm bdk2.  yg plg best org yg paling awal berdiri kat kaunter tu orang department saya teringat pulak zaman2 sekolah..  yg plg x ble ditrima mesin punch card tu lambat 10 ke 15 minit macam tula.  so kalau kitaorg turun kul 4.50, bygkan kitaorng kena tunggu berapa minit kat depan mesin tu.  tp ari ni lastla punch card kt situ. nnt kitaorg pindah bangunan baru. so kt tmpt len plak kena beratur. he..he.. p/s:-x taula betul ke x eja punch card tu -esk nk ikut org tu pergi temerloh. agak2 org tu ajk x. malula nk offerkan diri sendiri

telah ku letakkan

telah ku tetapkan hala tujuku.. ke satu arah yg lurus... tdk lg trpengaruh dgn mainan hati... menjadikan dinding hati trlalu teguh takkan ada satu pun batu yg bisa digunakan utk memrobohkannya telah ku tetapkan hatiku pd Allah yg Satu.. takkan ada lg luka berdarah.. biarla parut yg ada menjadi tanda dan peringatan agar ia tak brdarah utk kali kedua.. telah ku ingatkan pd hatiku.. gunakan akal utk berfikir jgn trlalu mudah tertipu tlh ku letakkan hatiku pd yg sepatutnya.. kpd yg berhak iaitu Allah.. takkan lg aku derita.. krn Allah sentiasa brsamaku.. akan ku cuba lupakan kepedihan.. krn sakitnya luka tiada trperi.. mnghrpkn hari esk tiada lg aku menempuh luka itu

terasing

berada di dunia asing.. membuatkan pyh utkku berdiri dengan betul.. terasa senyuman yg dihadiahkan tidak ikhlas.. kdg2 rasa rindu utk menghadiahkan senyuman manis.. mnghrpkn akan bertemu dgn kenormalan hidup...

salam...

Alhamdulillah.. slowly..saya cuba menyiapkan blog ini. sudah lama saya teringin utk mempunyai blog sendiri. akhirnya..terrcapai jua. okla... hope.. akan ada la followers yg support blog ni... n hopefully saya akan slalu update.. he..he...

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea