Langkau ke kandungan utama

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Prolog 1)

Ada orang tanya saya.
"Bagaimana Pakistan?”
Seronok. Kalau ada pilihan, nak lama lagi di sana. Tapi saya tak ada pilihan.
Nak kena kerja untuk tanggung diri sendiri. Tiada cuti untuk berlama-lama di tempat orang.
 
Melarikan diri daripada realiti juga bukan satu pilihan yang bijak bukan?
 
Mana catatan Pakistan?
Ada. Dalam proses. Catatan dah siap. Tengah buat pemilihan gambar. Dalam masa yang sama tengah kemaskini blog ini juga.
 
InsyaAllah, blog saya mungkin tidak akan bersawang lagi. Menulis adalah terapi saya.
Dan tidak tahu siapa yang membacanya juga lebih membahagiakan.
 
Terima kasih kepada semua yang memberi galakan. Terutamanya yang baru saja berkenalan dan bertemu.
Manis-manis sekali ayat-ayat sokongan kalian.
Yang buat hati saya terpujuk dengan luka yang bersilih ganti.
 
Saya bagitahu mereka, bertemu dengan orang yang tidak kenal kita, di dunia yang asing buat saya lebih bahagia. Anehkan. Hubungan 10 hari lebih ikhlas daripada hubungan yang sudah bertahun lamanya. Saya lebih menjadi diri sendiri bersama dengan orang yang tidak dikenali.  
 
Ada uncle tanya saya "Kenapa tak apply kerja di XXXXX? Kerjala 5 ke 10 tahun. Cari pengalaman. Lepas tu balikla."
Saya: "Saya tak ada kekuatan tu uncle. Saya ada tanggungjawab besar tergalas di bahu." 
Dan paling utama. Saya tak muda lagi untuk semua tu. Usia sekarang adalah usia yang saya mahu tenang. Malas memberatkan jiwa dengan perkara yang memeningkan. Usia sekarang, sesenang, orang tak suka, saya pergi.
 
Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi saya 10 hari yang bahagia dan bermakna di antara bulan-bulan yang penuh air mata. Saya tidak akan melupakan mereka, ’stranger’ yang memberi banyak inspirasi dan membuatkan saya tersenyum sentiasa.

10 hari, hati saya tidak pernah terikat sebegini utuh dengan mana-mana tempat pun sebelum ini. Hebatkan Allah memulihkan luka.
Ajaibnya dalam 10 orang yang mungkin tidak sukakan kita, Allah hadirkan seorang saja pun sudah cukup untuk memujuk kita. Nikmat mana lagi yang nak didustakan.

Catatan seterusnya:

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini