Kembara Mencari Nilai: Negara-Negara Balkan: Part 1: Pengenalan
2-11 November 2024
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Trip Balkan ini adalah perancangan jangka panjang yang tertangguh mungkin.
Ia adalah cita-cita saya untuk menjejakkan kaki di bumi bernama Bosnia. Membesar dengan keadaan kita tahu tentang apa yang terjadi dan dialami oleh mereka. Dan siapa sangka lintasan hati sekian lama yang tertangguh akhirnya tercapai. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Maka perancangan pun bermula.
Tahun 2017 saya menanam angan-angan. Semua yang rapat diajak. Namun ianya hanyalah impian yang belum dapat tertunai ketika itu. Mungkin kerana masalah komitmen masing-masing.
Perancangan ke Balkan beralih ke Kembara Mencari Nilai yang bermula di Turki kemudian Mesir.
Balik dari Mesir 2019, kami berhasrat meneruskan perancangan ke Balkan pada 2020. Hendak dijadikan cerita, wabak covid pula melanda. Sekali lagi perancangan terkubur.
Namun, hati tidak pernah berhenti berhajat.
Setelah berperang dengan covid, tahun lepas, dengan pelbagai masalah melanda, kami meneruskan kembali misi Kembara Mencari Nilai yang tertangguh. Namun sekali lagi beralih arah, ke Pakistan pula.
Keputusan berbolak balik dan selalu beralih arah memandangkan kos untuk ke Balkan agak tinggi ketika itu.
Namun sebenarnya, Allah belum mengizinkan.
Tahun ini, setelah diskusi panjang.
Selepas beberapa pilihan negara dalam senarai bergolak, atas nasihat ibu sahabat saya, kami teruskan juga perjalanan ke Balkan.
Apa yang boleh saya katakan daripada perjalanan kalini?
Banyak yang kami belajar. Apa dia?
Nantikan perkongsian istimewanya:
Sebuah catatan Kembara Mencari Nilai di Bumi Balkan.
Balkan, 2024

Ulasan
Catat Ulasan