Alhamdulillah..
Perjalanan pergi dan balik saya ke korea berjalan dengan
selamat.
Pada mulanya perasaan berdebar debar untuk naik flight itu
ada..
Kejadian MH370 baru saja berlaku seminggu..
Saya pasti sesiapa pun yang bercadang untuk naik flight pasti
Akan rasa takut dan risau..
Kami sampai pukul 7.10 pagi..
Saya pergi ke Korea kali ini melalui pakej.
Suhu bila keluar dari lapangan terbang terasa sejuk..
Suhu masa ni dalam 8 darjah celcius.
Tapi sebab dah pakai warmer, tak terasa sangat
sejuk..
Untuk saya cukup pakai warmer, T-shirt dan sweater..
Sampai saja kami terus memulakan pengembaraan..
Tempat pertama kami pergi adalah Nami Island...
Kami singgah di Nami Ok untuk makan tengahari terlebih
dahulu..
Ia dimakan sekali dengan nasi, kimchi, sup dan sayuran lain
Alhamdulillah..kami solat di restoran tersebut juga.
Ada juga tempat untuk bersolat walaupun
Kami perlu ambil
wuduk dalam toilet..
Selesai solat dan makan,
kami bergerak ke Nami Island.
Memang sangat ramai pelancong di Nami Island..
Kami menaiki bot ke Nami Island
Musim yang kami datang adalah musim peralihan..
Musim sejuk ke musim bunga
Maka bunga masih belum ada..
Baru tumbuh pucuk baru.
Sebabnya datang musim Late winter, maka pokok pokoknya masih belum berbunga.
Makanya, sudah
memasang angan-angan untuk ke sini lagi pada musim lain pula.
Selepas itu kami bertolak balik ke Seoul...
Untuk check in hotel.
Sebelum itu kami singgah makan di Itaewon di sebuah kedai Pakistan..
Terasa macam berada di Malaysia bila dapat makan
makanan Arab ni..
Tapi lupa nak snap gambar untuk kedai ni. Mungkin sebab dah terlalu lapar sampai terlupa..
Selepas makan. kami ke hotel untuk check in..
Dan jalan-jalan kami hari pertama untuk setakat ini sahaja sebab dah tak larat..
Catatan Korea Day-2 sila klik link berikut:
p/s: tak semua gambar boleh dikongsikan. saya kongsi beberapa keping sahaja untuk rujukan..



Ulasan
Catat Ulasan