maafkan saya jika coretan ini tersalah bicaranya..
namun saya terpanggil untuk menulis sesuatu mengenainya..
Bukan kerana dendam atau marah.
My respect to a man depends on how they treat a woman..
Saya tidak akan menghormati seorang lelaki
yang tidak menghormati seorang perempuan..
Lelaki yang baik bagi saya akan menjaga seorang perempuan
Dan tahu mereka apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan
terhadap seorang perempuan
Lelaki yang baik
tidak akan menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya
Lelaki yang baik
akan menjaga jarak hubungannya dengan seorang perempuan..
Lelaki yang baik
tidak akan menyentuh hati seorang perempuan
jika dia tidak berniat untuk menyunting perempuan tersebut..
Lelaki yang baik
tahu bahawa hati perempuan mudah tersentuh...
Lelaki yang baik
tidak akan mengambil kesempatan terhadap lemahnya seorang perempuan.
Saya takkan pernah berkompromi dengan perkara ini...
Saya menghormati seorang lelaki
yang menghormati seorang perempuan.
Tapi saya tidak akan menghormati lelaki
yang tidak tahu menghormati seorang perempuan.
Walau atas alasan apa sekalipun.
Ulasan
Catat Ulasan