Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

tenggelam dalam sinis

aku tenggelam dalam menungan di celahan kebisingan dalam kedengkian sebuah hati membiarkan suara suara itu tenggelam ku renung gelas ku renung meja pandangan ku kosong membiarkan suara bingit di telingaku ah pedulikan teruskanlah berbunyi teruskanla bersuara kerana kedengkianmu tidak sedikit mengusik ketenanganku dan aku berdiam diri tanpa bicara membiarkan suara bingit terus mengutuk dan menghina terus melemparkan kata sinis dan tajam tanpa penat tanpa lelah tanpa pedulikan hati-hati ini dan aku diam berbicara hingga akhirnya terus tenggelam dalam nada sinis p/s: tenggelam dalam arus ke'tidakpuashati'an orang-orang sekeliling. bukan senang nak puaskan hati smeua orang

dan menangisla

bila seseorang menangis maka ada sebab kenapa dia menangis... ada orang menangis kerana sedih, ada orang menagis gembira ada orang menangis sakit hati ada orang menangis kerana diperbodohkan ada orang menangis kerana marah ada orang menangis kerana rindu tidak kisah apapun alasan.. tidak salah menangis kerana ia satu luahan perasaan bagi sesetengah orang, mereka berkata menangis menandakan orang itu lemah tapi bagi aku, menangis itu melegakan ianya satu cara meluahkan menangis tetapi jangan mengeluh menangisla tapi jangan berdendam menangisla sambil membuang yang pahit bersama keluarnya air mata kerana bila terhentinya tangisan maka segala yang buruk itu hilang yang tinggal hanya yang baik.. menangisla sambil mengadu kepada Allah kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya... p/s: tiada kaitan dengan sesiapa..ilham dari sebuah cerita...untuk yang ingin membacanya

biarla ku bermimpi

mimpi itu anganan untuk seorang aku mimpi itu mainan untuk seorang perindu aku berjalan dalam terang tapi kabur gelapnya pandangan aku berjalan langkah perlahan dalam derasnya arus waktu siapala aku untuk mengeluh mengharap mimpi jadi nyata sedangkan waktu terus berlalu meninggalkan aku yang masih sendu aku melangkah bersama mimpi yang kuharap indah seindah pelangi biar hujan terus membasahi bersama redup awan kelabu biarla ku terus bermimpi.... p/s: tak salahkan...untuk terus bermimpi...cuma jgn memudaratkan diri

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea