Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Kemaafan bukan sekadar ucapan

Memberi maaf bukan perkara yang senang dalam hidup ini... Senang saja menyuruh orang memberi maaf... Tapi pasti sukar bila diri sendiri yang perlu memaafkan orang lain.. Sudah pasti orang yang paling bahagia adalah orang yang memberi maaf.. Tapi bukan sesenang itu untuk menjadi seorang yang pemaaf... Lebih-lebih lagi apabila perkara yang terjadi memberi impak yang paling besar dalam hidup kita.... Saya juga tidak sekuat itu untuk menjadi seorang yang pemaaf.. Tetapi saya juga cuba belajar untuk memaafkan orang lain.. Seboleh mungkin saya cuba untuk tidak menyimpan dendam di dalam hati... Kerana saya tahu saya hanyala hambaNya... Sedangkan DIA Maha Pemaaf tehadap hambaNya.... yang kadang kadang berulang kali melakukan kesalahan yang sama... Sedangkan saya..Siapala saya untuk kedekut untuk memberi maaf.. Saya cuba mengajar diri saya... Setiap perkara yang terjadi di dalam dunia ini ada sebab dan hikmahnya.. . Jika hati kita disakiti, Allah ingin menjadikan kita seora...

Selamat hari ibu....

Sepatutnya ‘post’ ini dikeluarkan masa ulangtahun hari lahir beliau mac lalu.. Tapi kerana kesibukan masa maka saya mengeluarkan pada bulan ini pada sambutan hari ibu. Apabila ada orang bertanya saya siapa insan yang paling saya kagumi di dalam dunia ini selepas Rasulullah s.a.w saya akan mengatakan ibu saya.. Saya menghormati dan menyayanginya.  Kesabarannya tidak dapat saya warisi.. Saya masih ingat 8 tahun yang lepas,  saat ayah saya meninggal dunia.. dia tidak menangis  walaupun saya tahu hatinya sedih.... Dia tidak pernah merungut ataupun bersedih hati Dia sabar saat ditinggalkan orang disayangi Pendamping hidupnya dan tempat bergantung Dia sabar saat orang menghina dan mengata. Dia sabar melayan telatah kami 7 beradik Dia sabar saat orang lain menyakiti hatinya.. Perkataan yang keluar dari bibirnya apabila disakiti dan dianiyai   satu saja ‘biarla....Allah akan membalasnya’ dengan iringan senyuman di bibir.. Dia cuba tidak...

Buatlah keputusan yang terbaik dalam hidup ini...

Saya suka membaca dan memerhati.. Kadang-kadang kerana itula membuatkan saya takut dan berhati hati.. Membaca tentang banyaknya keruntuhan rumahtangga dan kepincangan keluarga menjadikan saya sedih dan kecewa... Kadang-kadang saya terfikir adakah jodoh saya nanti akan dapat membimbing saya hingga ke syurga.. Yang dapat bertahan dengan setiap ujian melanda... Dalam keadaan dunia akhir zaman yang penuh dengan dugaan Saya dilahirkan dalam keluarga yang bukanlah kaya harta.. Tapi kaya kasih sayang... Kerana itu keluarga adalah keutamaan saya selepas ALLAH dan Rasul... Saya bukanla memilih yang sempurna dalam hidup ini.. Kerana saya bukanla yang sempurna untuk memiliki yang sempurna.. Bagi saya, agama, nilai dan jati diri perkara yang paling penting dalam hidup ini... Jika kecantikan yang dipandang.. percayala...ia takkan kekal lama... angka 30 40 50 itu tidak begitu besar bezanya... sekelip mata kita akan mencapai umur itu... dan begitu juga dengan kecantikan... ia a...

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea