Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Apa yang hilang.....

Saya bersyukur dengan apa yang berlaku di dalam hidup saya... Apa yang berlaku menjadikan siapa saya sekarang... Sesungguhnya ketentuan Allah itu menarik untuk kita selami.. Semua orang akan melalui keadaan iman yang turun naik selagi kita bergelar manusia.... Alhamdulillah... Allah mengizinkan saya untuk melalui zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman remaja, zaman permulaan dewasa dan kini menjengah zaman dewasa... Dan semakin saya selami saya bersyukur dengan apa yang terjadi.. apa yang saya lalui.. apa yang saya hilang.. apa yang saya perolehi... Apa yang saya hilang...saya tahu ia bukan milik saya... mungkin jika yang hilang itu saya perolehi.. tidak akan menjadikan siapa saya sekarang.. Apa yang saya dapat juga bukan milik saya... Pinjaman Allah untuk saya hargai dan saya syukuri.. Kerana sudah nama apabila yang kita miliki itu pinjaman.. Kita kena bersedia apabila yang meminjam ingin megambil kembali... Saya pernah melalui zaman kelam.. Saya pernah melalu...

Tribute untuk ayah.....

Ini cerita yang saya simpan sikit untuk hari ini.. berlaku minggu lepas..perbualan dengan seorang pt... Pakcik X: Pakcik puasa seorang je tahun ni...isteri dah tak ada..(nada sayu) Saya: Pakcik tinggal seorang je ke? Anak cucu duduk jauh ke? Tak ada ke yang tinggal dengan pakcik? Pakcik X:  (Menggeleng)....Semua duduk jauh Saya: Tak apalah pakcik...Raya nanti mereka balikkan... Pakcik X: entahla...balik kot (nada sayu lagi) Saya: (dalam hati, kenapa kot? mungkin pakcik tak pasti (sangka baik)) Terus teringat dekat mak kat kampung... Memangla sekarang masih ada adik adik sebagai peneman. Tapi macam ni ke nanti mak bila semua dah kerja..dah kahwin.. Kepada mereka yang jauh dari ibubapa, Yang ibubapa dah tinggal seorang, Yang ibu bapa dah tua, Cuba telefon dan tanya khabar mereka. Bulan puasa sebenarnya lagi kuat ingatan mereka terhadap kita. Cuba bayangkan kalau kita bersahur seorang diri, Berbuka seorang diri.. Agak agak apa yang kita rasa? ...

Hipokrit......

Beberapa hari lepas saya berbicara soal hipokrit dengan adik saya.. Apa sebenarnya definisi hipokrit bagi semua orang? Kita kalau nampak orang berubah sikit dan masih ada kekurangan kita kata mereka hipokrit.. Ya Allah....cepat betul kita hukum orang.. Bagi saya hipokrit adalah berpura-pura.. Maka ada beza orang yang berkata-kata dan berusaha melakukan dengan  orang yang hanya pandai berkata-kata tapi tidak melakukan dengan.... Umpama ketam mengajar anak berjalan lurus tapi dia sendiri berjalan salah... Tapi 'of course' kita bukan ketam... Maka kita boleh je taknak jadi hipokrit.. Tapi jangan kerana taknak dikatakan hipokrit.. Maka kita menangguhkan perubahan kita untuk menjadi baik... Kononnya belum bersedia untuk meninggalkan perkara yang kita suka tapi sebenarnya ia salah.. Kita jangan mengatakan orang hipokrit .. Kalau dulu dia jahat, tapi dalam proses fasa perubahan.. Jangan mengatakan orang hipokrit  Jika kita tengok wajahnya baik....

Sabar dengan orang yang kita benci

Kebencian pada seseorang sudah pasti akan membuatkan kita menjauhi mereka.. Saya pun sama macam orang lain.. bila benci, bila marah.. pastinya saya mengelak untuk berada dikalangan orang yang dibenci... Pastinya saya cuba untuk kurangkan bicara dengan orang yang saya benci.. Kurang-kurangnya saya tidak sakit hati... Dan tiada lagi perkara yang mereka tidak puas hati.. Tapi pernah tak kita sedar dunia ini terlalu singkat untuk membenci.. Ibu selalu menasihati saya... 'kalau tidak suka..kalau benci.. jangan keterlaluan...jangan sampai nampak.. sabar selagi mana boleh sabar.. Allah itu Maha Adil terhadap hambaNya'... Bak kata seorang penulis: " Jika terpaksa membenci, jangan ketara Sembunyikan bersama sabarmu... Jika terpaksa membenci, benci seadanya... jangan dirinya..tapi kelakuannya.. jangan keterlaluan..jangan berlebihan diam..cuba maniskan wajah... " -ustaz pahrol Tidak senang untuk tersenyum terhadap orang yang k...

Agak-agak dah mula ke kita.......

hari ni dah hari ke 7 puasa.. agak - agak ada beza tak kita lepas seminggu ke sama saja.. saya nak kongsikan satu perkara: Kadang kita sibuk duk cakap orang tu macam tu...orang  ni macam ni.. Pernah tak kita muhasabah diri kita.. Baik sangat ke kita ni hingga kita lebih nampak salah orang lain sehingga tak nampak salah kita sendiri.. Tolong jangan rasa (perasan) kita dah baik sangat.. selagi kita bergelar manusia kita takkan dapat lari dari buat salah... Ada baiknya dalam bulan puasa ni.. Kita lebih banyak muhasabah diri sendiri.. Agak agak dah mula ke kita buang sifat prasangka buruk dalam hati kita.. Agak-agak dah mula ke kita buang sifat amarah dan panas baran dalam diri kita.. Agak-agak dah mula ke kita tutup mulut daripada kita mengumpat.. Agak-agak dah mula ke kita tutup telinga dari mendengar gosip dan cerita yang tak berfaedah... Agak-agak dah mula ke kita tutup mata kita dari tengok dan mencari kesalahan orang lain.. Agak-agak dah mula ke kita untuk ti...

Ramadhan datang lagi....

Kita: Ramadhan datang lagi..Sesungguhnya ku merindu kedatanganmu.. Ramadhan: Rindu bukan hanya ucapan...Buktikan rindu dengan amalmu... Ya Allah Alhamdulillah,,, Aku bertemu lagi dengan ramadhan kali ini.... Ramadhan Kedatangannya dinanti.. Permegiannya ditangisi.. Setelah setahun, kita bertemu lagi... Tahun ini kita bertemu.. Tahun depan belum tentu.. Harapanku ramadhanku kali ini adalah yang terbaik. Lebih baik daripada ramadhan sebelum ini.. Ramadhan bulan mulia.. Bulan mendidik jiwa. Ramadhan mendidik hati Menjadi lebih sabar.. Menjadi lebih pemurah.. Membersihkan hati dengan kotoran.. Bibir tidak banyak bercakap Perut tidak banyak diisi Mata dijaga Telinga diajar mendengar yang baik Kerja dilakukan seikhlas hati... Rindukan ramadhan..yang menjengah setahun sekali dalam hidup kita.. Buktikan dengan amalan..Jangan jadikan ia hanya ucapan di bibir.. Jangan kita tetap sama.. Berbuka dengan menu penuh semeja.. Mengumpat tak habis habis.. Baru mula ...

Mujahadah ini jalannya panjang....

Jika ada orang tanya saya senang ke nak berubah jadi lebih baik? Saya akan jawab tidak semudah itu. Percaya atau tidak persekitaran dan dengan siapa kita berkawan banyak menentukan sejauh mana kita boleh berubah dan bertahan. Saya pernah melaui zaman persekitaran yang tidak membantu. Tiada sokongan dan dorongan.. Keseorangan di jalan yang betul... Tapi jangan tersalah anggap. Saya tidak pernah menyalahkan persekitaran atau sesiapa.. Cuma kerana saya sendiri yang tidak kuat dan tidak tahan dengan keadaan membuatkan saya kadang-kadang gagal.. kadang-kadang terasa susah nak menjadi baik Jika tidak kuat.. bukan senang nak mempertahankan prinsip lebih lebih lagi jika kita keseorangan memegang prinsip tersebut. Walaupun secerdik mana pun kita.. Walaupun setinggi mana pun ilmu kita.. Kalau hati tidak kuat kita akam mudah terpengaruh dengan persekitaran.. Untuk berubah hati perlu kuat.. Jiwa perku kental Maka jika kita keseorangan pun dalam perka...

Kematian..

Hari ini ada 2 kematian yang berlaku kepada orang yang saya kenal... Ada  perkara tentang 2 kematian ini yang ingin saya kongsikan.. Satu kematian yang disebabkan oleh sakit...yang boleh dijangka walaupun tidak tahunya bila... Satu lagi kematian tiba-tiba... Melawat orang meninggal dunia adalah salah satu cara mengingatkan kita yang mati itu pasti... Terdetik di hati saya.. jika kematian itu berlaku tanpa sempat kita bertaubat kepadaNya. jika kematian itu tanpa sempat kita memohon ampun kepada orang yang kita berbuat salah.. Cukupkah sudah amalan kita untuk dibawa kepadaNya.... Kita sendiri tidak tahu bila kita akan pergi menghadapNya... Hari ini masa mereka sudah sampai... Mereka sudah pulang ke sana... Kita entah bila... Kerana itu usaha baik kita berusaha untuk tidak menangguhkannya.. Kerana itu segala dosa segera memohon ampun kepadaNya... Kerana mungkin  hari ini kita sihat.. Tiba-tiba esok kita berada di alam yang lain.... Saya...

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea