Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

My trip to korea D1 Nami Island

Alhamdulillah.. Perjalanan pergi dan balik saya ke korea berjalan dengan selamat. Pada mulanya perasaan berdebar debar untuk naik flight itu ada.. Kejadian MH370 baru saja berlaku seminggu.. Saya pasti sesiapa pun yang bercadang   untuk naik flight pasti Akan rasa takut dan risau.. Kami sampai pukul 7.10 pagi.. Saya pergi ke Korea kali ini melalui pakej. Suhu bila keluar dari lapangan terbang terasa sejuk.. Suhu masa ni dalam 8 darjah celcius. Tapi sebab dah pakai warmer, tak terasa sangat sejuk.. Untuk saya cukup pakai warmer, T-shirt dan sweater.. Sampai saja kami terus memulakan pengembaraan.. Tempat pertama kami pergi adalah Nami Island... Kami singgah di Nami Ok untuk makan tengahari terlebih dahulu.. makanan di bawah ini adalah makanan pertama saya di korea. Ia dimakan sekali dengan nasi, kimchi, sup dan sayuran lain                ...

my respect to a man

maafkan saya jika coretan ini tersalah bicaranya.. namun saya terpanggil untuk menulis sesuatu mengenainya.. Bukan kerana dendam atau marah.   M y respect to a man depends on how they treat a woman.. Saya tidak akan menghormati seorang lelaki yang tidak menghormati seorang perempuan.. Lelaki yang baik bagi saya akan menjaga seorang perempuan Dan tahu mereka apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan terhadap seorang perempuan Lelaki yang baik tidak akan menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya Lelaki yang baik  akan menjaga jarak hubungannya dengan seorang perempuan.. Lelaki yang baik  tidak akan menyentuh hati seorang perempuan  jika dia tidak berniat untuk menyunting perempuan tersebut.. Lelaki yang baik  tahu bahawa hati perempuan mudah tersentuh... Lelaki yang baik  tidak akan mengambil kesempatan terhadap lemahnya seorang perempuan. Saya takkan pernah berkompromi dengan perkara ini.....

keangkuhan

hari ini.. ada seseorang yang menyedarkan saya.. Ini bukan pertama kali.. Saya tersedar daripada kekhilafan  melalui kata kata yang keluar dari mulut orang lain.. Tapi kali ini saya ingin berkongsi.. Hari ini Allah mengizinkan saya berbual  dengan seseorang.. Yang apabila saya mendengar sepatah kata katanya Membuatkan hati saya tersentak dan tersedar.. 'Saya telah melakukan suatu kesilapan:.. Saya telah berlaku sombong terhadap diri sendiri' Akhirnya saya terlupa.. sabar, redha, ketenangan itu milik Allah.. Kurniaan kepada hambaNya yang terpilih Tidak semua orang mampu untuk milikinya.. Allah boleh memberikan kepada siapapun.. Dan Allah boleh menarik balik kurniaanNya itu.. Dan saya telah terlupa... Kerana keangkuhan saya sendiri.. Ampunkan saya Ya Allah.. Kita.. Tanpa sedar kadang-kadang merasakan Tingkahlaku dan kata-kata kita sempurna Tanpa sedar kita angkuh dan sombong.. Dengan diri kita sendiri.. Terima kasih ...

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea