Ada masa rasa macam nak tampar je mulut sendiri bila terlepas kata Terutamanya bila marah.. Bila marah rasa macam laju je kata-kata keluar Tanpa fikir panjang baik atau buruknya.. Bila dah habis keluar semua kata kata baru rasa macam menyesal.. Betul kata pepatah Terlajak perahu boleh diundur Terlajak kata buruk padahnya. Dan saya ada masanya Susah nak kawal emosi bila marah Masalahnya bila dah habis marah baru nak fikir 'betul ke apa yang aku cakap tadi' Dan kerana itu Lebih baik diam bila marah Supaya tak banyak yang sakit hati Tak banyak hubungan terganggu Dan kita pun tak menyesal tak sudah Dan saya masih belajar Memang susah melalui jalan untuk jadi baik ini.. Tapi saya kena berusaha ='(
HNwrites.travels.books