Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

letak jauh jauh dlm hati

Sabar... Diam.. Letak jauh jauh dalam hati... Harap harap simpan simpan hilang terus.. Letak yang baik baik je dalam kepala.. Susah.. Memang susah... Biasanya yg buruk yg senang kita ingat.. Ibarat baju terkena tahi ayam... Habis hilang bau wangi minyak wangi... Tapi kalau kita basuh kan hilang juga bau busuk tahi ayam tu.. Nak buat macam mana... Manusia... Cakap main ikut sedap mulut.. Cakap main lepas.. Jatuh hukum tanpa bukti itu biasa.. Tengok apa yg dipandang saja itu biasa Percaya apa yg didengar saja itu biasa... Sabar.. Diam... Itu saja ubat dan kunci.. Kalau balas pun tak ada faedah.. Makin buruk saja suasana..

maka bersabarlah

Selepas 3 hari berehat daripada kerja... Saya diberi peluang untuk mencari ketenangan.. Dan memberi peluang untuk minda saya berehat.. Alhamdulillah. Status ini saya tulis dalam keadaan saya tenang.. Saya cukup terluka untuk beberapa minggu lepas.. Kemuncaknya.. Had kesabaran saya diuji jumaat minggu lepas.. Saya biasanya tidak peduli dengan apa yang orang kata pasal saya Malah saya tidak kisah Jika orang nak mengutuk dan mengata saya Kerana saya tahu memang sudah lumrahnya manusia Pasti ada yang tidak berkenan di hati Tentang kita Tapi saya pantang orang buat cerita Mereka reka cerita yang tidak ada.. Cerita buruk pasal saya.. Kepada orang yang saya hormati.. Terutamanya guru dan ibu bapa saya... Dalam kepala tertanya tanya.. Apa masalahnya mereka ini?... Akhirnya saya memujuk diri... 'Biarkan saja..tidak luak sedikit pun hidupmu.. Dengan cerita cerita buruk itu.. Mungkin persepsi orang padamu akan menjadi buruk.. Namun jika kamu berterusan menunjukk...

Adatla manusia

Sambil pujuk diri sendiri sambil makan roti cicah sup cendawan.. Sedar sedar tinggal separuh dah dari sebungkus roti...       Penangan rasa macam mac Motivasi diri.. 'Takpe Allah ada.. Sabar.. Ini asam garam hidup...     Kunyah.. telan.. hadam.. Jangan simpan... nanti jadi nanah..   Adatla manusia... Bila buat jahat sekali tak nampak dah yang baik (macamla selalu buat baik).. Adatla manusia.. Jarang nak berterima kasih (macamla selalu berterima kasih) ... Adatla manusia.. Tak semua senang tengok orang senang. Adatla manusia... Jadi.. Kunyah... telan..hadam.. Sabar..redha.. Allah ada...' Allah... =`( Feel hopeless Feel frustrated Feel painful Sabar hati.. Sabar..

robot tiada perasaan

Semasa saya menulis post ini Hati saya tengah sedih Saya tak pasti sebab apa? Kebiasaanya ini berlaku apabila: Saya marah orang Saya sakitkan hati orang Saya ada buat salah dengan orang Atau ada perkara menyedihkan yg terjadi... Masalahnya saya tak pasti apakah ia? Sejak dua menjak ni.. Saya terlalu sibuk.. Terlalu banyak benda yang terjadi Hingga ada masanya saya mungkin Ada marah.. Ada sakitkan hati orang Ada buat salah dengan orang                               Dalam sedar atau tidak sedar...   Sampai saya terlepas pandang Sampai saya tidak boleh mengawal keadaan Sampai saya tidak perasan       Hingga tiba tiba Allah bagi hati saya rasa sedih ini Baru saya terdetik... Saya ada buat sesuatu yang tak kenakah hari ini? Allah... Sampai macam tu sekali kesibukan dunia ini Sungguh menakutkan Apabila dunia Boleh menjadikan manusia jadi seperti robot Yang tiada pera...

Hikmah yang kita tak nampak

Okla.. ALLAH beri saya masa dan kekuatan untuk bercerita sesuatu disini.. Tentang hikmah sesuatu kejadian Ini cerita pre Ramadhan. Yang tidak sempat saya coretkan sebelum ni. salam ramadhan Ceritanya: Kebiasaannya setiap kali hari pertama puasa saya akan terus beli tiket balik kampung Tahun ini  sepatutnya 'turn' saya cuti selepas raya. Saya dah rancang nak ambil cuti seminggu selepas raya. Tapi nak dijadikan cerita.. Tahun ni saya terlambat sedikit beli tiket.. Apabila sudah puasa hari yang ketujuh baru saya beli tiket.. Maka tiket untuk saya balik sudah habis. Maka saya terpaksa ambil cuti seminggu sebelum raya. Masa ni ada rasa 'frust' sedikit. Sebab memang dah 'plan' nak cuti lama sedikit (masa ni tak nampak hikmahnya lagi) Nak dijadikan ceritanya lagi, saya diuji dengan ujian sakit seminggu pertama puasa.. kemudian saya diuji dengan pelbagai ujian yang menguji kesabaran (tak perlu saya cerita apakah dia ujian itu) Padahal dah set ...

aku masih perantau

Cuti raya saya 'officially ' habis arini... Dan saya akan pulang ke kehidupan yang sibuk dan penat Saya mengeluh ke? Nope...           Cuma menyatakan hakikat Dunia ini bukan tempat berehat..     'There are many things to do There are many things to solve'   Selagi kita bergelar manusia Ada tugas khalifah yang perlu dilaksanakan.. P/s: Terima kasih ibu kerana masih mengizinkan aku menjadi perantau

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan... Ramadhan kali ni... Saya tidak sempat untuk mencoretkan apa apa... Sungguh hati ini rindu untuk menulis.. Tapi masa tidak mengizinkan... Terlalu banyak ujian... Yang datang serentak untuk diselesaikan dan diuruskan... Sungguh.. Manusia tidak akan terlepas dari ujian.. Mungkin bila keadaan sedikit tenang.. Saya akan mencoretkan sesuatu di sini... Apapun Salam Ramadhan... Doakan yang baik baik untuk saya... Saya pun doakan anda juga..

manusia itu hatinya berubah ubah

Manusia memang begitu sifatnya.. Kita takkan pernah dapat mengagak Apakah sifatnya yang akan datang Sama dengan sifatnya arini.. Kerana manusia itu boleh berubah Seiring dengan perubahan masa.. Dulu ada seorang kawan pernah cakap pada saya... "Manusia ni macam pantai... Boleh berubah bila bila masa Sekali bah.. sekali pantai berubah... Hari ini mungkin dia baik dengan kita..  esok esok mungkin dia sudah jauh dengan kita..     Hari ini mungkin dia kawan.. Tapi tiba tiba esok diala musuh kita..     'Don't simply trust people around you' Ada sesetengah orang.. Kita mungkin rasa dah kenal lama...   Boleh tiba tiba menjadi orang yang asing dalam hidup kita Ada sesetengah orang.. Kita mungkin letakkan kepercayaan yang tinggi Dalam diam dia mengkhianati kepercayaan itu"... Mungkin salah saya.. Kerana menyangka.. Semakin bertambah masa hubungan persahabatan itu.. Maka semakin kita kenal orang itu...   Dan apabila tiba tiba kita gag...

Perjalanan Menuju 30:1 DIA pemilik segala kehidupan

Perjalanan menuju 30 - 1: Kesilapan kita.. Bila kita ada masalah kehidupan, Kita cari mencari manusia lain.. Yang kita fikir boleh membantu kita. Dan kita terlupa.. Yang sebenarnya mereka juga ada masalah yang harus diselesaikan.. Dan kadang kadang mereka juga tidak punya cara untuk menyelesaikan masalah yang diutarakan.. Akhirnya, Tetap tiada penghujung dan penyelesaiannnya untuk masalah yang dimiliki.. Kita lupa kita ada ALLAH.. yang sudi mendengar masalah kita.. yang punya cara untuk menyelesaikan masalah kita.. Mungkin penyelesaiannya kita tidak akan perolehi dalam keadaan yang kita inginkan.. Tapi percayalah.. Dengan menyerahkan segala urusan kita kepada ALLAH.. Kita pasti akan beroleh ketenangan Walaupun masalah yang dihadapi masih melingkari hidup kita,, " Banyak meluahkan perasaan kepada Tuhan, kita kurang mendapat jawapan, tetapi banyak ketenangan, Banyak meluahkan kepada manusia, Kita banyak mendapat jawapan,  tetapi semakin kurang beroleh ...

kegembiraan orang lain adalah kebahagiaan

sejak akhir akhir ini mendengar macam macam berita gembira dari ramai orang di sekeliling saya. Saya melihat mereka yang mencari cari jodoh.. Akhirnya bertemu dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.. Saya melihat mereka yang telah lama menunggu kelahiran cahaya mata.. Akhirnya mendapat cahayamata Saya melihat orang disekeliling saya bahagia dengan keluarga masing-masing.. Saya melihat beberapa impian orang disekeliling saya tercapai.. Tiada kegembiraan yang lebih bahagia apabila melihat orang disekeliling kita gembira Alhamdulillah.. Allah S.W.T memberi saya rasa itu.. Saya suka melihat orang lain tersenyum dan gembira. Dan saya sedih melihat orang lain bersedih.. Saya tak suka melihat orang lain bermuram durja.. Terutamanya kalau sayalah puncanya. Allah.. Saya bermohon kepada Allah.. Memberi saya peluang untuk terus mengembirakan dan membahagiakan orang lain.. Dan semoga saya tidak membuat orang lain sedih kerana saya.. Kerana sungguh.. Melihat ...

selidik dan teliti

Sebab tu kita... Setiap kali dengar sesuatu perkara atau berita.. Selidik dan teliti dahulu... Dengar dari semua pihak Tidak adil untuk kita dengar daripada satu pihak tanpa mendengar penjelasan pihak lain..   Dengar, selidiki, teliti baru buat keputusan..   Jangan masuk campur perkara yang tidak penting  dan tidak memerlukan kita untuk turut mencampuri.. Jangan banyak bersangka sangka.. Takut sangkaan kita itu sudah jadi fitnah.. Banyak hubungan silaturahim putus hanya kerana dengan banyak sangkaan Hanya kerana kita tidak mahu selidiki dan teliti.. Saya pun tidakla sebaik mana.. Saya juga masih dan masih mencuba.. Untuk tidak mencampuri urusan orang lain.. Cuba mendengar dari semua pihak.. Walaupun kadang kadang saya turut terbabas. Menjadi 'judgemental' (menghukum) Tanpa meneliti apa yang saya dengar. ALLAH... Sungguh lemahnya kita sebagai manusia..

dosa menggunung

Hati saya sebu dua tiga hari ni... Dua tiga hari ini saya banyak merenung ke dalam diri.. Mengenang dosa dosa yg menggunung.. Terfikir fikir... Andai Allah memanggil saya pulang.. Apakah amalan yang telah dilakukan untuk dipersembahkan kepadaNya.. Terfikir fikir apa yang saya lakukan sehari hari.. Terfikir fikir tidak pernah satu hari saya berlalu tanpa dosa ALLAH... Terfikir fikir layakkah saya mendambakan syurgaNya.. ALLAH...=`(

yang penting Allah redha

Dulu... Kalau dulu... Saya pernah kisah Bagaimana saya di mata manusia... Kadang kadang Apabila ingin buat sesuatu.. Ingin cakap sesuatu.. Walaupun perkara yang baik.. Walaupun perkara yang benar fikir 10 kali.. Takut orang tak suka... Tapi apabila masa berlalu.. Kalau kita fikir apakata manusia.. Kita kena ingat Kita takkan dapat semua hati manusia.. Pasti akan ada       yang tak puas hati Yang sakit hati Yang salah faham Walaupun niat kita lain..     Akhirnya saya tahu... Yang penting Allah tahu niat kita.. Allah tahu hati kita.. Allah tahu tujuan kita.. Menyakiti hati orang lain adalah perkara terakhir yang ingin saya lakukan..   Namun kita takkan pernah nampak sempurna di mata semua orang..   Pasti tak semua orang akan setuju dan faham Hati dan niat kita Yang penting Allah tahu niat saya.. apa maksud hati saya... Moga Allah redha dgn apa yang saya lakukan

renung balik niat kita

Kita kata kita buat sesuatu kerana Allah... Benarkah begitu? Cuba renung balik... Adakah kita sakit hati bila kita tak dinaikkan pangkat..     Adakah kita sakit hati bila kerja kita tidak dihargai..       Adakah kita sakit hati bila kita tidak dipuji.. Renung balik...                                 Kita kata kita ikhlas...                     Tapi benarkah begitu? Adakah kita pernah mengeluh dan merungut dengan pekerjaan yang dilakukan.. Adakah kita pernah culas dan malas..   Jom sama sama kita renungkan

kehidupan itu sendiri sudah meletihkan

Kehidupan itu sendiri sudah cukup meletihkan.. Untuk apa ditambah rasa dengki, sakit hati, geram, marah, dendam dalam diri... Ia hanya akan menambahkan rasa penat dan lelah untuk melalui kehidupan.. Namun manusia.. Kadang kadang ego setinggi gunung. Lupa.. Kadang kadang mengalah tidak bererti kalah.. Menjadi pemaaf itu agak sukar.. Memohon maaf terlebih sukar.. Tapi jangan lupa Mungkin dengan satu kemaafan.. Menjadikan kehidupan itu lebih tenang... -sabar, redha, syukur- P/s: ilham dari pemerhatian untuk satu kejadian yang boleh diselesaikan dengan perkataan maaf

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea