Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Perjalanan Menuju 30:1 DIA pemilik segala kehidupan

Perjalanan menuju 30 - 1: Kesilapan kita.. Bila kita ada masalah kehidupan, Kita cari mencari manusia lain.. Yang kita fikir boleh membantu kita. Dan kita terlupa.. Yang sebenarnya mereka juga ada masalah yang harus diselesaikan.. Dan kadang kadang mereka juga tidak punya cara untuk menyelesaikan masalah yang diutarakan.. Akhirnya, Tetap tiada penghujung dan penyelesaiannnya untuk masalah yang dimiliki.. Kita lupa kita ada ALLAH.. yang sudi mendengar masalah kita.. yang punya cara untuk menyelesaikan masalah kita.. Mungkin penyelesaiannya kita tidak akan perolehi dalam keadaan yang kita inginkan.. Tapi percayalah.. Dengan menyerahkan segala urusan kita kepada ALLAH.. Kita pasti akan beroleh ketenangan Walaupun masalah yang dihadapi masih melingkari hidup kita,, " Banyak meluahkan perasaan kepada Tuhan, kita kurang mendapat jawapan, tetapi banyak ketenangan, Banyak meluahkan kepada manusia, Kita banyak mendapat jawapan,  tetapi semakin kurang beroleh ...

kegembiraan orang lain adalah kebahagiaan

sejak akhir akhir ini mendengar macam macam berita gembira dari ramai orang di sekeliling saya. Saya melihat mereka yang mencari cari jodoh.. Akhirnya bertemu dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.. Saya melihat mereka yang telah lama menunggu kelahiran cahaya mata.. Akhirnya mendapat cahayamata Saya melihat orang disekeliling saya bahagia dengan keluarga masing-masing.. Saya melihat beberapa impian orang disekeliling saya tercapai.. Tiada kegembiraan yang lebih bahagia apabila melihat orang disekeliling kita gembira Alhamdulillah.. Allah S.W.T memberi saya rasa itu.. Saya suka melihat orang lain tersenyum dan gembira. Dan saya sedih melihat orang lain bersedih.. Saya tak suka melihat orang lain bermuram durja.. Terutamanya kalau sayalah puncanya. Allah.. Saya bermohon kepada Allah.. Memberi saya peluang untuk terus mengembirakan dan membahagiakan orang lain.. Dan semoga saya tidak membuat orang lain sedih kerana saya.. Kerana sungguh.. Melihat ...

selidik dan teliti

Sebab tu kita... Setiap kali dengar sesuatu perkara atau berita.. Selidik dan teliti dahulu... Dengar dari semua pihak Tidak adil untuk kita dengar daripada satu pihak tanpa mendengar penjelasan pihak lain..   Dengar, selidiki, teliti baru buat keputusan..   Jangan masuk campur perkara yang tidak penting  dan tidak memerlukan kita untuk turut mencampuri.. Jangan banyak bersangka sangka.. Takut sangkaan kita itu sudah jadi fitnah.. Banyak hubungan silaturahim putus hanya kerana dengan banyak sangkaan Hanya kerana kita tidak mahu selidiki dan teliti.. Saya pun tidakla sebaik mana.. Saya juga masih dan masih mencuba.. Untuk tidak mencampuri urusan orang lain.. Cuba mendengar dari semua pihak.. Walaupun kadang kadang saya turut terbabas. Menjadi 'judgemental' (menghukum) Tanpa meneliti apa yang saya dengar. ALLAH... Sungguh lemahnya kita sebagai manusia..

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea