Perjalanan menuju 30:2 Banyak perkara dalam kehidupan ini yang semuanya di luar kawalan kita. Kerana kita tetap manusia yang banyak kekurangan. Banyak yang saya belajar di sepanjang melangkah dalam jalan hidup ini. Kalau dulu, setiap kali ada saja sesuatu ungkapan atau ada sesuatu perbuatan. Yang melukakan hati atau menggoreskan hati, banyaknya yang disimpan dalam hati atau terus saya beri reaksi. Samada melenting atau bermasam muka. Tapi kini saya belajar, untuk cuba melupakan. Cuba terus buang daripada singgah ke dalam hati. Kerana jika kita simpan ianya di dalam hati, ia boleh menjadi dendam yang akan merosakkan hati. Yang akan membuatkan kita lupa segala kebaikan dan hanya nampak keburukan. Yang sebenarnya kesalahan itu hanya sedikit. Jika dilupakan, kita boleh menjadi tenang.. Manusia itu, fitrahnya tidak pernah sempurna. Akan ada masa dia melakukan kesalahan di luar kawalannya. Yang mana kadang dia tidak berniat. Tapi kerana fitrah yang dia sering terlupa. ...
HNwrites.travels.books