Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Kerja 'Last Minute'

Saya paling tidak suka kerja 'last minute'. Kerana itu saya tidak suka bagi kerja 'last minute'  juga kepada orang lain. Ya. Apabila sesuatu perkara. Saya suka buat perancangan terlebih dahulu. Mungkin tidak sempurna persiapannya, tetapi sekurang kurangnya saya bersedia. Ya... Memang benar takdir itu milik Allah. Setiap perancangam kita tidak semestinya akan berjaya. Tapi sekurang kurangnya kita ada ruang. Untuk tidak buat kerja 'last minute' . Yang akhirnya nanti menyusahkan orang lain. Dan menyusahkan orang lain adalah perkara terakhir yang  ingin saya lakukan.

Perjalanan Menuju 30:3 Bersahabat Kerana Allah

Perjalanan menuju 30: 3 Di setiap langkahan di kehidupan ini, kehidupan dirasakan panjang, tetapi sebenarnya pendek. Kita akan bertemu dengan ramai orang. Ada yang singgah sebentar dalam kehidupan kita. Ada yang memakan masa bertahun. Ada yang meninggalkan kenangan yang indah. Ada juga yang meninggalkan kepahitan. Dan saya. Bertemu dengan ramai orang yang baik baik. Sejujurnya. Saya tidak ramai kawan rapat. Tapi saya bertemu dengan ramai sahabat. Kerana saya nomad dari satu tempat belajar ke satu tempat belajar yang lain. Dan saya lebih suka berteman dengan ramai orang. Tetapi dalam ramai ramai mereka yang bersahabat, pasti ada yang rapat dan akan menjadi tempat kita berkongsi cerita. Dan dia adalah salah seorang yang antaranya menjadi orang yang paling rapat. Ketika saya berada di zaman belajar, walaupun bukan sebaya kerana dia merangkap junior saya. Tetapi mungkin kerana cara fikir lebih kurang dengan cara fikir saya. Kerana itu kami boleh bersahabat lebih darip...

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea