Saya sedikit rigid untuk berkongsi sesetengah perkara dengan orang lain. Kerana banyak perkara yang terjadi apabila kita meluahkan sesuatu untuk mencari pendapat. Akhirnya, luahan kita disalah ertikan. Belum lagi, dengan perkara yang kita minta rahsiakan. Tiba-tiba tidak menjadi rahsia lagi.. Kerana itu.. Saya lebih berhati-hati untuk berkongsi. Kadang ada masa, kita perlukan tempat untuk berkongsi dan meluahkan. Tapi kerana perasaan berhati-hati yang terlalu tinggi, dihujungnya, kita simpan sendiri... Solusi? Saya lebih suka bermonolog sendiri. Mencari jawapan dengan akal dan hati. Menyerahkan petunjuk pada Ilahi. Kerana saya tahu, DIA sentiasa ada memerhati...
HNwrites.travels.books