Langkau ke kandungan utama

coretan hati di ulang tahun kelahiran

Alhamdulillah..
Syukran Ya Allah..
Kerana masih mengizinkan aku bernafas di bumi ini...
Dengan rahmatMu
masih mengurniakan aku kesihatan yang baik..       

Hari ini bertambah lagi umurku..
Baki yang tinggal tidak kutahu..
Mungkin 5 tahun..
Mungkin 10 tahun..
Mungkin satu hari..      
Mungkin satu jam..
Munkin satu minit..
Sungguh..  
Kematian itu makin mendekat..          
Semuanya dalam rahsiaMu..
Ku tahu umur ini pinjamanMu..

Setiap hari dalam melangkahi denai kehidupan..
Sering bersarang di fikiran..
Cukupkah amalanku..
Cukupkah bekalanku..              
Untuk ku bawa ke dunia abadi..  
Layakkah aku ke syurgaMu..
Tapi aku tidak mahu ke nerakaMu..

Moga moga umur yang berbaki..
Biarlah diisi dengan amalan untuk
aku bertemu denganMu
Dengan rahmatMu rahmatilah daku Ya Allah..
Di dunia dan akhirat..amin

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini