Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Buatla baik dengan Penuh Keikhlasan...

Dah lama hati saya tidak tersentuh macam ni sekali. Allah, saya menangis sendirian. Ya... Apabila Allah hantar bantuan dalam keadaan kita sendiri tidak sangka. Apabila kita di dalam kesusahan, Allah menghantar seseorang untuk membantu kita.. Saya tiba-tiba teringat kata seorang penulis..  "Jangan pernah bosan untuk memudahkan urusan orang lain.. Jangan pernah bosan untuk menolong orang lain.. Sentiasala berbuat kebaikan dengan penuh keikhlasan.. Kita tidak tahu bila Allah ingin membalas kebaikan kita, Dan kita tidak tahu bagaimana Allah ingin membalas apa yang kita lakukan" Ya.. Kadang kita lupa. Hidup ini bukan sekadar diri kita. Kita lupa. Kita tak selalunya di atas. Kadang ada masa kita berada di bawah.. Dan hari ini. Allah menyedarkan hati saya. Buatla kebaikan. Walaupun sekecil-kecil kebaikan. Dengan ikhlas. Tanpa mengharapkan balasan. InsyaAllah. Apabila kita pula susah, Allah akan membantu memudahkan kesusahan kita. Dengan menghantar bantuan d...

Mencari Solusi

Saya sedikit rigid untuk berkongsi sesetengah perkara dengan orang lain. Kerana banyak perkara yang terjadi apabila kita meluahkan sesuatu untuk mencari pendapat. Akhirnya, luahan kita disalah ertikan. Belum lagi, dengan perkara yang kita minta rahsiakan. Tiba-tiba tidak menjadi rahsia lagi.. Kerana itu.. Saya lebih berhati-hati untuk berkongsi. Kadang ada masa, kita perlukan tempat untuk berkongsi dan meluahkan. Tapi kerana perasaan berhati-hati yang terlalu tinggi, dihujungnya, kita simpan sendiri... Solusi? Saya lebih suka bermonolog sendiri. Mencari jawapan dengan akal dan hati. Menyerahkan petunjuk pada Ilahi. Kerana saya tahu, DIA sentiasa ada memerhati...

DIA sentiasa ada..

Ada masa, dalam kehidupan, kita akan bertemu dengan satu keadaan di mana kita buntu untuk membuat keputusan. Samada keputusan A atau keputusan B. Kita risau, kita takut. Kita keliru, kita buntu. Kita risau kalau-kalau terbuat keputusan yang salah. Inilah kita panggil rencah kehidupan. Tapi percayalah. Apabila kita tarik nafas dan kita semat dalam hati bahawa ' Allah know the best for us '. Serahkan saja padaNya. apabila kita buntu, kita keliru, DIA ada untuk kita. Allah sentiasa ada walaubagaimanapun keadaan kita ketika itu. Walaupun kita bahagia, senang, gembira atau apabila kita sedang berduka, keliru atau putus asa. Tinggal kita sahaja yang lupa atau ingat kepada DIA.. Mana kita letak DIA dalam hati kita?

New Zealand: dari impian menjadi kenyataan

Sebenarnya dalam hati saya ada semat beberapa tempat.. Yang saya memang berimpian untuk pergi.. Termasukla New Zealand... Tapi.. Tidak saya letak harapan yg terlalu tinggi untuk sampai ke New Zealand bila memikirkan status kemampuan  bajet saya.. Saya mula menanam hajat untuk ke New Zealand pada tahun 2010. Melalui pembacaan satu buku.. Masa tu apa yang saya rasakan, New Zealand yang digambarkan terlalu cantik pada pandangan mata akal saya.. Tahun lepas, bila sahabat rapat saya membuat keputusan untuk ke New Zealand, saya tak ada dalam 'planning' tersebut memandangkan bajet yang ada tidak beberapa bagus.. Namun mungkin kerana rezeki dan Allah nak juga saya pergi, awal bulan Mac haritu salah seorang kawan kami, menawarkan lagi sekali kepada saya untuk turut serta apabila ada ahli kumpulannya yang tarik diri.. Saya tanpa berfikir panjang terus bersetuju walaupun bajet diluar jangkauan akal... Alhamdulillah.. New Zealand terlalu indah. Syurga dunia bagi saya. Per...

Trip to Auckland

Oleh kerana penerbangan domestic, tidak banyak urusan untuk check in dan pemeriksaan imigresen.. Kami bertolak dari Christchurch sepatutnya pukul 8.50 malam.. Tapi flight delau dalam 10-15 minit. Flight dari Christchurh- Auckland memakan masa 2 jam. Kami sampai dalam pukul 10.30 malam Dari lapangan terbang ke tempat penginapan kami menaiki Skybus. Bayaran dalam NZD18 per person.   Tetapi dia menurunkan kami di stesen bas berhampiran sahaja. Maka kami terpaksa berjalan kaki.. Masa tu suhu di sini tidakla terlalu sejuk tapi hujan.. Allah telah menghantarkan orang baik yang sudi untuk menumpangkan kami terus ke Empire Apartment di Grafton (student apartment) yang terletak berhampiran dengan Auckland University Empire Apartment ni selesa. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang lengkap dgn kelengkapan Ada dapur, peti ais, microwave dan cerek elektrik. Berhampiran Empire Apartment ni ada mart untuk membeli barang keperluan. Kami membeli Indo Mee, Korean rice, roti dan mi...

Trip to South New Zealand: Bajet

Motorhome: RM1361.50 pp (setelah di'upgrade' package) Makanan yg di bawa dari Malaysia: RM158.40 (RM26.40 pp) Jumlah pp: RM1387.90 Day 1 : Insurance Motorhome: RM130.23 (RM21.70 pp x6) Shuttle Christchurch Aiport-Apollo Motohome: NZD32 (10.67 pp x3) Minyak motorhome:55NZD Mineral water: 20NZD Rakaioa Shotover Jetboat: 300NZD (50NZDpp x6) Twizel Campsite: 74NZD Laundry: 12NZD Makan malam: masak sendiri Jumlah: 536.41NZD (94.73NZD pp) Day 2 : sarapan: masak sendiri Wrinkly Farm: 90NZD (15pp x 6) Salmon Fishing: 55NZD Puzzling World: 120 NZD (20NZD ppx6) Makanan ringan di Puzzling World: 17.40NZD Barang keperluan New World Shopping Mall: 49.50 NZD Moke Lake Campsite: 60NZD (10NZD pp x 6) Makan malam: masak sendiri Jumlah: 391.90(65.31NZD pp) Day 3: Sarapan: masak sendiri Minyak motorhome: 52.50NZD Barang keperluan shopping mall: 48.30NZD Minyak motorhome 2: 43NZD Te Anao Holiday Campite: 156NZD (26NZDpp x6) Tiket Milford Cruise (esok): 240 NZD (40N...

Trip to South New Zealand: Day 6

Hari ni hari terakhir kami di South New Zealand. Sarapan hari ni kami habiskan stok yang ada.. Roti sardin dan maggi. Selesai sarapan, kami mengemas apa yang patut.. Kalau sempat buat malam tadi, buang semua barang yang tak diperlukan.. Kemas motorhome (seperti masa kita mula-mula ambil) untuk dipulangkan di Christchurch nanti.. Buat dumping, isi air, bersihkan toilet.. Kami bergerak ke perjalanan seterusnya. Ada rasa sedih kerana hari ni hari terakhir kami di South Island of New Zealand.. Sedih sebab lepas ni tak dapat dah nak tengok gunung ganang Padang rumput yang cantik.. Destinasi pertama: Kanggaroo Wallaby di Pekan Waimate Ianya adalah laluan balik ke Christchurch. Jarak dari campsite dalam 48km (38 min) Kami singgah isi minyak terlebih dahulu. Di sini anda boleh beramah mesra dan memberi makan kepada mereka. Kami menghabiskan masa hampir sejam di sini. Selain itu, ada pelbagai tempat m...

Trip to South New Zealand: Day 5

Hari ni.. Selesai bersarapan (kami makan roti sardin hari ini dengan maggie sebagai sarapan beserta teh panas) Selesai ambil gambar dan jalan-jalan sedikit di laluan trekking, kami bergerak keluar.. Destinasi pertama: Pekan Dunedin Jarak dari campsite Gore Dolamore, lebih kurang 167km (2jam 6 minit) Bandar ini agak sibuk dan parking untuk motorhome terhad.. Jangan tersalah masuk jalan, kalau tak anda kena berpusing jauh.. Ini ada beberapa keping gambar menarik di Dunedin   Kami isi minyak dan buat dumping terlebih dahulu di Dunedin BP. kemudian kami bergerak ke Cadbury Factory Outlet. Kami tak masuk kilang coklat pun. Tak sempat. Banyak lagi destinasi lain untuk dilawati.. Sempat membeli beberapa keping coklat Bagi yg meminati All Blacks, ada kedai All Black berhampiran Meridian Mall.. Selesai membeli belah coklat, dan kami shopping sedikit barang keperluan di shopping mall,  kami bergerak ke Dunedin Mosque...

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea