Langkau ke kandungan utama

New Zealand: dari impian menjadi kenyataan

Sebenarnya dalam hati saya ada semat beberapa tempat..
Yang saya memang berimpian untuk pergi..
Termasukla New Zealand...
Tapi..
Tidak saya letak harapan yg terlalu tinggi untuk sampai ke New Zealand
bila memikirkan status kemampuan  bajet saya..

Saya mula menanam hajat untuk ke New Zealand pada tahun 2010.
Melalui pembacaan satu buku..
Masa tu apa yang saya rasakan,
New Zealand yang digambarkan terlalu cantik pada pandangan mata akal saya..

Tahun lepas, bila sahabat rapat saya membuat keputusan untuk ke New Zealand,
saya tak ada dalam 'planning' tersebut memandangkan bajet yang ada tidak beberapa bagus..

Namun mungkin kerana rezeki dan Allah nak juga saya pergi, awal bulan Mac haritu salah seorang kawan kami, menawarkan lagi sekali kepada saya untuk turut serta apabila ada ahli kumpulannya yang tarik diri..
Saya tanpa berfikir panjang terus bersetuju walaupun bajet diluar jangkauan akal...

Alhamdulillah..
New Zealand terlalu indah.
Syurga dunia bagi saya.
Pertama kali menjejakkan kaki..
Hanya ucapan SubhanAllah yg mampu keluar di hati..
Betapa indahnya ciptaan Allah..
Sana sini pemandangan gunung tidak berpokok diliputi salji..
Jika tidak pun hanya dipenuhi dengan pokok serendah paras pinggang..
Belum lagi melalui ladang rumput yag luas mata memandang.
Tidak tahu berapa banyak gambar yang diambil..
Kamera perlu sentiasa 'on'.
Sana sini cantik...
Allah..nikmat mana yg mahu didustakan..

Allah memberi saya peluang..
Untuk menjejakkan kaki di tempat yang sebelum ini
saya rasa hanya akan jadi impian sahaja untuk saya..

Dan benarlah kata penulis kegemaran saya, Pn Roza Roslan
"Allah sentiasa mendengar lintasan hati kita"

Terima kasih Allah, atas hadiah istimewa ini.








Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini