Langkau ke kandungan utama

Trip to South New Zealand: Day 4

Destinasi pertama: Milford Sound
Kami bergerak awal hari ini. Pukul 6 pagi..
Kerana hari ini kami akan naik kapal cruise pada pukul 9 pagi
(yang ini adalah aktiviti berkumpulan untuk semua yang join Trip Kekawan kerana tiketnya berdasarkan kumpulan)

Perjalanan selama 240km seriously mencabar..
Melalui kawasan UNESCO Heritage site..
Jalan memang berliku, tepi gunung,berbukit, ada terowong kecil. Perlu berhati-hati apabila melaluinya..
\
Tapi kawasan yang susah untuk dituju itula yang memiliki permandangan yang cantik..
Perjalanan ini memang kami konvoi beramai-ramai kerana GPS tak berfungsi dgn baik..
Jadi lebih selamat bila berkonvoi..
 












Hampir pukul 9 kami sampai di kawasan Milford Sound ini..
Naik Cruise di sini antara aktiviti yang wajib apabila datang ke NZ South Island.]

Anda akan berada di atas cruise lebih kurang 2 jam dengan bayaran NZD50 per person..
Dapat menikmati ciptaan Allah yg sangat indah..
Allah.. tak tergambar dgn kata-kata..




Selesai kami naik cruise,
kami masak makanan tengahari.
Apalagi menu kami adalah maggi dan roti sandwich
Selepas itu, kami terus solat jama' Zuhur dan Asar..

Destinasi 2: Campsite Gore Dolamore

Jarak dari Milford Sound lebih kurang 248km (3 jam 19 minit)..
Sepanjang perjalanan anda akan nampak ladang biri2 yang luas terbentang (ini pemandangan biasa sepanjang di South New Zealand ni)















Kami sampai agak awal hari ini, sebelum Maghrib.
(Buat pertama kali sepanjang di South New Zealand ni..
Kalau tak, asyik sampai malam dan dah penat).

Ok..campsite ini, ada 2 tandas untuk lelaki dan perempuan, hanya 1 shower room unisex, 1 dapur sharing.
Ada playgroud dan night trekking.

















Setelah selesai bergambar dan bermain di playground, kami memasak...
Hari ini kami masak nasi berlaukkan sardin dan sambal bilis.
Minum pula dengan kopi susu..
Dengan suhu yang sejuk..
Memang tak tergambarla dengan kata-kata nikmat dia...
Semua orang tidur sedikit awal hari ini..mungkin kerana kepenatan.

Trip to South New Zealand: Day 5







Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini