Dalam kehidupan, kita bertemu dengan ramai orang. Dan setiap pertemuan, dengan setiap orang. momennya berbeza. Kadang momen itu manis, kadang pahit, kadang sedih. Ada momen ingin kita ingat sampai kita menutup mata. Ada momen ingin kita padam terus daripada ingatan. Saya renung, saya pandang balik. Jalan jalan yang saya lalui. Mereka yang saya pernah ketemui. Kadang lama. Kadang sekadar persinggahan. Banyak pelajaran mengenai kehidupan. Mengenai perangai manusia. Mengenai erti kehidupan. Kerana itu hidup ini dinamakan sebuah perjalanan. Dan dalam perjalanan itu kita perlu belajar. Ada masa kita rasa penat. Tapi ilmu kehidupan semalam membantu kita meneruskan kehidupan. Untuk masa depan. Biar pahit biar manis. Ambil semuanya sebagai ilmu. Bekalan untuk masa depan yang kita belum tahu apa yang menanti
HNwrites.travels.books