Langkau ke kandungan utama

Aku Anak FELDA

Nak mula macam mana?
Banyak sangat cerita
Saya betul-betul sibuk tiga minggu ni.
Tapi saya ada banyak cerita yang saya simpan.
Akan saya cerita satu persatu...
Mungkin bukan dalam satu catatan.

Saya mulakan dengan kisah cuti satu minggu di kampung.

Saya anak kampung. Anak FELDA.
Yang lahir dengan dikelilingi kelapa sawit.
Saya membesar dengan melihat jerih perit seorang peneroka.
Yang kadang gajinya cukup makan. 
Kadang gajinya tidak cukup pun untuk menyara keluarga. 

Kini sudah hampir 30 tahun usia FELDA saya.
Sama hampir dengan usia saya.
Peneroka yang dulu gagah kini semakin berusia.
Ada yang meninggal sebelum sempat melihat hasil jerih perit membesarkan anak anak.
Termasukla arwah ayah.

Ayah saya meninggal masa saya masih di tahun pertama pengajian di universiti.
Dan saya anak sulung daripada tujuh beradik.

Kini adik adik saya sudah membesar.
Walaupun ramai lagi yang belum menghabiskan pengajian..
Namun kesusahan hidup bukan penghalang untuk belajar ke peringkat lebih tinggi.

Setiap kali pulang ke kampung.
Melihat sahabat seperjuangan arwah ayah.
Yang sudah meningkat umur.
Yang kepala sudah dipenuhi dengan uban putih,
Dengan badan yang sudah tidak segagah dulu.
Kepala terus teringatkan arwah ayah.
Hati terus jadi sayu.
Kerana tidak sempat berbakti kepadanya di dunia.
Namun saya sentiasa berdoa.
Moga rohnya tetap di kalangan orang yang  beriman.

Bersambung..

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini