Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Nota Ramadhan 1: Takdir Allah

Saya janji  nak tulis nota Ramadhan. Tetapi atas dasar kekangan waktu, saya hanya berkongsi catatan di FB saja.. Maafkan saya. Akhirnya, ini sebuah perkongsian seperti yang dijanjikan. Nota Ramadhan 1: Takdir Allah. Kadang, kita lupa. Kita sangka kita sudah rancang hidup kita dengan baik. Tetapi kita lupa Allah Perancang yang terbaik. Kita sangka kita boleh rancang masa depan. Kita mula rancang itu ini.. Tetapi kita lupa. Tak semua yang kita nak kita dapat. Hidup tak selamanya apa yang kita impikan. Kerana Allah ingin kita tahu. Yang kita hanyala manusia yang lemah. Kadang apa yang kita mahu tak kita dapat. Apa yang diimpikan tak kita capai. Kerana Allah mahu kita bergantung padaNya. Dia mahu kita kembali mengadu padaNya. Dia mahu kita sentiasa bermohon padaNya. Percaya satu perkara. Allah bagi kita apa yang terbaik untuk kita. Usaha..doa..tawakal...redha..

Tenggelamnya Kapal Van Der Wick

Saya tidak akan pernah jemu dengan karya HAMKA yang satu ini. Sudah berkali menonton filem  adaptasi novel ini. Berkali juga air mata tidak berhenti mengalir. Ia lebih daripada sekadar kisah cinta antara dua darjat. Ianya... Kisah kehidupan.. Kisah kebangkitan.. Kisah ego dan janji... Saya sejujurnya kecewa apabila melihat mereka yang hanya memandang darjat dan keturunan. Harta dan kekayaan. Memandang rendah pada mereka yang tidak punya apa-apa. (harapannya sudah tiada lagi orang yang sebegini..walaupun saya rasa masih wujud mereka yang begini) Saya tidak menyebelahi Zainuddin atau Hayati.... Bagi saya kedua-duanya ada salah masing-masing... Salah Hayati kerana berjanji (siap sumpah mati). Untuk menunggu Zainuddin. Sepatutnya dia tidak memberikan harapan. Kerana manusia tidak akan pernah tahu takdirnya sendiri. Saya tahu Hayati terpaksa menerima keputusan datuknya. Dan bagi saya Hayati mengutus surat penolakan dengan alasan yang kukuh. Agar Zainuddin tidak ...

Ramadhan Tiba Lagi

Bulan yang dirindui tiba lagi. Alhamdulillah. Syukur. Masih dipanjangkan umur untuk melalui bulan yang mulia ini. Moga diberi kesempatan sehingga penghujung Ramadhan. Saya rasa semua orang rasa apa yang saya rasa. Setiap kali bulan Ramadhan muncul, ada rasa yang tak terungkap dengan kata-kata. Rasa yang penuh dengan ketenangan. Ada rasa syahdu. Hanya hati masing masing saja yang akan faham. Saya tidak tahu macam mana nak huraikan. Jom.. Kita sama-sama Betulkan amalan.. Betulkan niat.. Betulkan hati.. Betulkan Iman.. Pertingkatkan amalan.. Moga kekal hingga akhir hayat.. InsyaAllah, jika diberi peluang dan ruang, saya akan kongsikan muhasabah-muhasabah Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan.. Untuk peringatan kita bersama...InsyaAllah... Moga ada kesempatan dan ruang..

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea