Langkau ke kandungan utama

Nota Ramadhan 1: Takdir Allah

Saya janji  nak tulis nota Ramadhan.
Tetapi atas dasar kekangan waktu, saya hanya berkongsi catatan di FB saja..
Maafkan saya.


Akhirnya, ini sebuah perkongsian seperti yang dijanjikan.

Nota Ramadhan 1: Takdir Allah.

Kadang, kita lupa.
Kita sangka kita sudah rancang hidup kita dengan baik. Tetapi kita lupa Allah Perancang yang terbaik.

Kita sangka kita boleh rancang masa depan.
Kita mula rancang itu ini.. Tetapi kita lupa. Tak semua yang kita nak kita dapat.

Hidup tak selamanya apa yang kita impikan.
Kerana Allah ingin kita tahu. Yang kita hanyala manusia yang lemah.
Kadang apa yang kita mahu tak kita dapat. Apa yang diimpikan tak kita capai.

Kerana Allah mahu kita bergantung padaNya.
Dia mahu kita kembali mengadu padaNya.
Dia mahu kita sentiasa bermohon padaNya.

Percaya satu perkara. Allah bagi kita apa yang terbaik untuk kita. Usaha..doa..tawakal...redha..

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini