Ini 'tribute' untuk mereka. Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran, pertuturan, autism, syndomic, masalah pembelajaran dan lain-lain. Mereka sangat istimewa. Mereka anak-anak syurga yang harus kita sayangi. Dan mereka sentiasa istimewa di mata saya. Tidak mampu nak digambarkan dengan kata-kata. Perasaan. Apabila pesakit bermasalah pendengaran berlari datang peluk pinggang kita. Apabila pesakit Down Syndrome datang untuk cium pipi kita. Apabila pesakit Autism datang cakap terima kasih pada kita. Dan saya sangat sensitif dengan bahagian ni. Untuk mereka yang didikriminasi Kenapa?. Kerana mereka ' special ' maka mereka tidak berhak untuk berada di dalam kumpulan yang ramai? Kerana mereka 'special' maka mereka tidak sesuai berada di dalam majlis? Buang sifat dikriminasi tersebut. Mereka memang istimewa. Mereka mungkin bukan macam orang lain. Mereka ada emosi yang tidak menentu. Mereka mungkin kadang sukar dikawal. Dan jangan berharap b...
HNwrites.travels.books