Langkau ke kandungan utama

Tolong Jangan Dikriminasi Mereka....

Ini 'tribute' untuk mereka.

Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran, pertuturan, autism, syndomic, masalah pembelajaran dan lain-lain.
Mereka sangat istimewa.
Mereka anak-anak syurga yang harus kita sayangi.
Dan mereka sentiasa istimewa di mata saya. Tidak mampu nak digambarkan dengan kata-kata.

Perasaan.
Apabila pesakit bermasalah pendengaran berlari datang peluk pinggang kita.
Apabila pesakit Down Syndrome datang untuk cium pipi kita.
Apabila pesakit Autism datang cakap terima kasih pada kita.

Dan saya sangat sensitif dengan bahagian ni.

Untuk mereka yang didikriminasi
Kenapa?.
Kerana mereka 'special' maka mereka tidak berhak untuk berada di dalam kumpulan yang ramai?
Kerana mereka 'special' maka mereka tidak sesuai berada di dalam majlis?

Buang sifat dikriminasi tersebut.
Mereka memang istimewa.
Mereka mungkin bukan macam orang lain.
Mereka ada emosi yang tidak menentu.
Mereka mungkin kadang sukar dikawal.

Dan jangan berharap boleh duduk diam apabila kita suruh mereka duduk diam macam orang lain.
Mereka mungkin tidak faham dunia kita yang terlalu mementingkan 'kesempurnaan'.

Ya..mereka memang istimewa.
Dan kami mahu keistimewaan itu dikongsi bersama.
Diselami bersama.
Agar kita lebih sedar kehadiran mereka di sekeliling kita.
Dan agar mereka lebih yakin untuk berdepan dgn masyarakat.
Dan agar ibubapa tidak malu untuk membawa anak mereka ke tempat yang ramai.
Dan agar kita belajar lebih bersyukur dengan apa yang kita ada atas label 'sempurna'.

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini