Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

Turki Day 4: Cappadocia - Jeep Safari, Sufi Dance

Kalau nak tengok keseluruhan struktur dan bentuk mukabumi yang unik di Cappadocia, boleh naik Jeep Safari. Harga dalam USD 80. Kalau tanya saya.. Saya cakap menarik.. Nak daki satu satu valley yang ada di sini memang mustahil dan takla... Jeep ini akan berhenti di beberapa check point.. Dan di setiap point memang kita boleh turun dan ambil gambar 1. Inila ialah tapak hospital. Saya tak pasti zaman bila lagi kewujudannya.                                                   ini jalan masuk ke dalam.. 2.Otahisar Panorama Dari sini boleh tengok pekan yang bangunannya dibina dalam batu. Ada yang masih menetap di sini. Ada yang menjadi bangunan tinggalan. 3.Rose Valley area Tapi sayang tak nampak pula gambar yang diambil....

Turki Day 4: Cappadocia-Valley

Di Cappadocia, selain popular dengan Hot Balloon, Di sini pun terkenal dengan bentuk muka bumi yang menarik.. Bentuk muka bumi yang unik ni berpunca daripada letusan gunung berapi dahulu kala.. Dan juga pelbagai kejadian alam semulajadi membentuk bentuk batu yang unik Antara tempat yang menjadi tarikan pelancong adalah bandar Goreme dan Uchisar.. Ada beberapa valley di sini yang kami singgah.. Setiap Valley ni ada bentuk dan tarikan tersendiri.. Boleh cari maklumat di mana mana laman web tentang mana valley yang memang jadi tarikan. Sebab ikut pakej. Mana yang dia bawa je la yang kami pergi. Kalau berminat nak beli cenderamata, boleh beli di kedai berhampiran yang memang menjual pelbagai cenderamata. Harga memang boleh tahan 1. Devrent Valley  Terkenal dengan ukiran batu berbentyuk unta ni.. 2. Pasabag atau Mushroom Valley 3. Uchisar Castle Valley

Turki Day 4: Cappadocia- Shopping

Apa yang menarik di Turki.. Ada beberapa perkara yang kalau anda memang minat dengan benda benda ni, memang Cappadocia adalah satu tempat menarik untuk mendapatkannya. Kualitinya boleh tahan. Bila kita pergi berpakej, mereka akan bawa ke tempat-tempat sebegini. 1. Blue Art Centre Di sini ada menjual barang kemas yang diperbuat daripada batu permata yang berasal dari Turki.. Harga pun boleh tahan. Semuanya dilabel dalam USD...Yang saya nampak, paling murah pun dalam USD350... Tapi kalau berminat, boleh datang ke sini 2. Venessa Seramik Seramik memang terkenal di Turki.. Bila dilihat memang cantik dan indah ukirannya. Saya kalau memang mampu, nak juga beli.. Tapi ukur baju di badan sendiri. Gambar memang tak boleh ambil. Almaklumla untuk menjaga kualiti. Hanya beberapa gambar saja yang diizinkan diambil Tapi promoternya memang sangatla ramah. Jangan tak tahu orang Turki memang peramah.                     ...

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea