Langkau ke kandungan utama

Turki Day 4: Cappadocia - Jeep Safari, Sufi Dance

Kalau nak tengok keseluruhan struktur dan bentuk mukabumi yang unik di Cappadocia, boleh naik Jeep Safari. Harga dalam USD 80.
Kalau tanya saya..
Saya cakap menarik..
Nak daki satu satu valley yang ada di sini memang mustahil dan takla...
Jeep ini akan berhenti di beberapa check point..
Dan di setiap point memang kita boleh turun dan ambil gambar

1. Inila ialah tapak hospital. Saya tak pasti zaman bila lagi kewujudannya.


                                                  ini jalan masuk ke dalam..




2.Otahisar Panorama
Dari sini boleh tengok pekan yang bangunannya dibina dalam batu. Ada yang masih menetap di sini. Ada yang menjadi bangunan tinggalan.

3.Rose Valley area
Tapi sayang tak nampak pula gambar yang diambil.


4. Panoramic Viewpoint (Red Valley)
Di sini kami berpeluang melihat matahari terbenam.






Malam kami dibawa menonton Sufi Dance. Persembahan ini mengambil masa 45 minit. Tak seperti apa yan saya bayangkan.
Kalau tidak pernah menonton, boleh je kalau nak tengok.
Tapi..kalau ajak saya tengok lagi sekali, memang tak kot..
Mungkin saya yang tak pandai menghargai.
Tapi kalau diberi peluang untuk memilih persembahan yang lain, anda boleh pilih.
Kami tidak dibenarkan merekod persembahan ini.
Maka saya kepilkan gambar berikut sahaja.



Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini