Langkau ke kandungan utama

Tentang Perigi dan Timba...

maafkan saya..
mulakan 'post' pertama,
setelah sekian lama berdiam dengan topik yang saya kurang gemari untuk berkongsi.
Tetapi, saya harus kongsi.

Tentang perigi dan timba.

Kerana apa?
Kerana saya mendapat banyak sangat paksaan dan pandangan orang di sekeliling..
"yang perempuan sekarang kena kurangkan sikit rasa malu. Dan tak salah perigi cari timba".

Maafkan saya.
Ada perkara yang saya tidak bersetuju.
Saya walaupun tinggal di bandar, hidup di tahun 2019, berkerjaya.
Di hujungnya, saya masih gadis yang berasal dari kampung.
Tambahan pula, saya adalah seorang yang 'intorvert' makanya isu perigi dan timba sangat sensitif untuk saya.

Mungkin ada sesetengah orang berpendapat, zaman sekarang tak perlu dah nak fikir pasal perigi dan pasal timba.
Tetapi untuk saya, yang telah dididik sejak kecil. Dengan sifat malu yang sangat tinggi.
Maka tak mudah untuk kita buang rasa malu kerana hendak mencari timba.

"Kalau macam tu gunala orang di sekeliling yang dekat dengan kita sebagai orang tengah".
Untuk seorang yang 'introvert', ada benda yang mereka payah nak kongsi dengan orang lain. Ada sedikit rasa tertutup yang hanya orang 'introvert' sahaja yang faham.

Makanya.
Apa kesimpulan dari semua ini?
Saya masih berpegang kepada yang pemikiran yang sama.
Seharusnya seorang lelaki yang mulakan dahulu.
Kerana mereka dilahirkan untuk menjadi seorang yang berani.

"Habis tu kalau sampai akhir, timba masih tak perasan ada perigi yang menunggu..bagaimana?".
Saya tidak ada jawapan. Sampai sekarang.


-Saya tak berani janji. Tapi buat masa ini, hanya ini mungkin tulisan saya pasal jodoh. Jangan risau.
Saya pun tak berapa minat nak tulis benda macamnni.
Kita jumpa lagi dengan perkongsian yang lebih menarik..
InsyaAllah..Saya akan jadi lebih sedikit rajin untuk  'update' kerana saya rindu menulis.

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini