Trip Purbakala:Trip to Terengganu
12-17 September 2024
Trip tahunan Purbakala tahun ni ke Terengganu. Macam mana boleh jadi trip ini, nantikan cerita selanjutnya di post yang lain.
Berikut adalah ringkasan Trip ke Terengganu: Highlights tempat yang kami pergi. Sebenarnya, kebanyakan tempat yang saya bawa mereka adalah tempat yang suka pergi.
D1. Jitra- Hulu Terengganu
Berkumpul di Jitra sebelum bergerak ke Terengganu melalui Gerik. Panjang perjalanan ni. Lebih kurang 9 jam. Begitu begini, pukul 9 pagi baru kami bergerak.
1. Roti Canai Mutalib
Sarapan disini sedap. Saya suka sangat roti canai dia. Kalau datang nak suruh mereka bawa lagi ke kedai ini.
2. Gerai Putu Halba, Tanah Merah
Singgah sebentar membeli kuih putu halba di Tanah Merah. Ada seorang sahabat tu memang suka sangat putu halba ni. Satu-satunya kedai putu halba yang kami jumpa kalau lalu Tanah Merah ni.
3. Masjid Ulul Alba’ Seberang Jertih
Solat jama' di sini. Antaran masjid cantik di Terengganu.
4. NL Celup Tepung Bira Pata, Penarik
Kedai kegemaran saya kalau ke Penarik kerana antara kedai yang ada pelbagai pilihan menu. Portion dia besar dan boleh dikongsi terutamnya kalau kalian perut kecil.
D2. Hulu Terengganu- Bukit Besi- Dungun
1. Bot Tour Tasik Kenyir.
Boleh ambil pakej tour ke beberapa attraction sekitar tasik kenyir.
Tapi banyak juga yang dah tutup sebenarnya. Kata pemandu bot, mungkin faktor masalah kewangan dan dan kos maintenance. Tapi dengar kata, kerajaan rancang suntik dana untuk bangunkan kembali Tasik Kenyir. Kita doakan ianya menjadi nyata.
🍀Taman Orkid
Kami pilih pakej Taman Orkid sahaja. Memandangkan kami adalah orang yang akan belek pokok satu-satu dan atas faktor panas yang membahang (Kami semua puteri lilin).
Bayaran Bot Tour: RM180 per bot
Taman Orkid:RM6 per pax
Dalam Taman Orkid ini ada taman orkid dan taman herba. Akan ada staf (anak tempatan) yang mengiringi kita dan menerangkan pasal orkid ini. (Bangga bila lihat kegigihan adik ini menerangkan satu-satu dan kegigihan beliau menghafal nama-nama orkid ini).
🍀Jambatan Tasik Kenyir
Sebelum pulang, kami bergambar di Jambatan Tasik Kenyir.
2. Warung Mr Baung
Kedai makan wajib saya kalau ke Tasik Kenyir.
3. Muzium Bukit Besi
Tiket: RM5 per pax
Pertama kali juga ke muzium ini. Sebenarnya, baru sedar kewujudan muzium ini.
Baik sangat staf mereka. Walhal kalau ikutkan kami sampai muzium dah hampir tutup.
Disini, boleh tahu asal kewujudan Bukit Besi dan tentang proses perlombongan bijih besi dijalankan. Saya baru tahu Terengganu pernah ada landasan keretapi untuk bawa bijih besi ni.
Malam kami tidur di Dungun. (Cari pantai lah semestinya kalau ke Terengganu)
D3 Marang
1. Pine Hill Garden, Marang
Ini adalah tempat persendirian yang dijadikan attraction. Ada taman anggur dan markisa. Kalini ada tambahan tarikan. Iaitu replika binatang. Sesuai untuk bawa anak-anak. Kami yang dah dewasa pun tertarik dengan replika berkenaan. (Sejenis mudah tertarik dengan haiwan)
Ada dijual pelbagai fresh juice dan aiskrim juga disini.
Tiada bayaran masuk ke sini. Kecuali kalau nak tengok replika haiwan, baru kena bayar RM6 per pax
2. Keropok Lekor 888, Marang
Antara keropok lekor terkenal di sini dan keropok lekor kegemaran saya. Boleh cuba coconut shake dia kalau ke sini. Memang sedap.
3. Dataran Batu Putih Marang
Ala-ala Pasar Terapung punya style , tapi yang ni tak terapung tau.😅. Ada pelbagai pilihan makanan tempatan di sini. Boleh dijadikan tempat untuk lepak santai bersama famili.
Kami sempat makan lokan bakar dan air kopi nisang yang sedap tapi tak bolehla minum selalu
4. Pantai Merchang Berbisik, Marang
Antara pantai yang saya suka dan tempat lepak dengan keluarga kalau kami ke Marang.
Tapi kalini air muaranya sedikit surut. Mungkin waktu yang tak sesuai. Setelah berehat seketika kami makan tengahari di Pantai Rantau Abang. Kami makan jagung bakar yang dibeli di gerai berhampiran dan juga baki keropok lekor 888.
D4 Dungun – Kuala Terengganu
Selepas melihat sunrise dan sarapan kami bertolak Kuala Terengganu.
1. Muzium Terengganu
Baru buka balik lepas renovasi dalam 2 tahun macam tu anggarannya. Antara muzium negeri yang memiliki keluasan yang besar. Muzium ini memiliki keluasan 3 tingkat. Tapi jangan risau, kalau tak larat nak naik tangga, ada lift disediakan.
Tiket:RM5 per pax
2. Kg Budaya
Kg Budaya ni sebelah Muzium ini sahaja. Kebiasaannya ada pelbagai event diadakan di sini. Biasa boleh semak di dalam web mereka.
Masa kami datang ada program sukan rakyat. Bolehlah kalau tengok persembahan daripada mereka.
Masa kami datang masuk percuma.
3. Jambatan Angkat
Kalau pertama kali datang ke Terengganu, kenala kot datang sini. Salah satu mercu tanda di Kuala Terengganu.
D5
1. Nasi Dagang Vintage
Kedai nasi dagang yang satu ini adalah kedai yang saya suka dan antara kedai yang akan saya singgah kalau saya balik. Kedai ini terletak di depan Dataran Shahbandar.
2. Pasar Payang
Lepas tu kami ke Pasar Payang. Bawa mereka shopping.
3. Masjid Terapung Tengku Zaharah
Masjid yang juga memiliki pemandangan yang cantik.
4. Masjid Kayu
Kami singgah sebentar untuk ambil gambar sebelum meneruskan perjalanan ke Setiu.
D6
1. Kg Mangkuk Setiu
Antara tempat yang cantik pemandangannnya terutamanya tika sunset. Tempat kegemaran juga kalau kami ke Setiu. 😭.
2. Taman Negeri Setiu Wetlands.
Antara wetlands yang terjaga maintenancenya.
Tiket: RM5 per pax
Sempat sembang dengan petugas lama di sini. Katanya tak ramai pengunjung nak datang ke sini.
Harapnya, kepada sesiapa yang membaca posting ini silalah melawat taman ini. Mari kita beri sokongan kepada industri perlancongan negara.
3. Mateema Ikan Bakar dan Seafood
Boleh cuba makan nasi dan lauk ikan bekok. Pertama kali makan. Memang terbaik.
4.Masjid Lapan Kubah, Besut
Binaan adalah inspirasi Cathedral St Basil, Moscow.
Selesai solat, kami bergerak pulang ke Jitra selepas menghantar kawan ke stesen bas Jertih. Maka tamatlah perjalanan Trip Purbakala untuk tahun ini.
Akan ada sedikit sambungan daripada catatan ini. Bagaimana tercetusnya idea membawa mereka ke Terengganu tahun ini.
-gambar nanti kita update kemudian-
Ulasan
Catat Ulasan