Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

selamat tinggal 2014..selamat datang 2015..

2014.. banyak perkara berlaku.. Untuk malaysia.. tahun 2014 ujian besar buat malaysia.. moga rakyat malaysia terus tabah,, mungkin ada sinar yang baik untuk tahun 2015.. banyakkan berdoa.. 'ujian.. boleh menjadikan manusia lagi bahagia.. boleh menjadikan manusia lagi sengsara.. yang membezakannya.. adalah redha, sabar dan syukur'.. teruskanla kehidupan.. sesungguhnya dunia ini ujian buat kita.. sedih suka duka gembira itu ujian.. jangan terus bersedih.. jangan terus berduka.. jangan terlalu gembira.. ucapkan selamat tinggal 2014.. selamat datang 2015.. semoga sinarnya lebih terang. mari sama sama buka buku baru..

Jangan mengeluh dengan kesusahan

Di dalam dunia ini Allah mentakdirkan kewujudan orang kaya dan miskin bersebab... Tinggal kita sendiri untuk berfikir dan memahami... Saya bersyukur dilahirkan susah kerana saya belajar mengerti apa makna kesyukuran... Ada sesetengah orang yang dilahirkan untuk hidup susah, berusaha untuk menjadi kaya... Tapi dengan cara bagaimana itu persoalannya... Teladanilah kisah hidup Rasulullah s.a.w ketika dahulu... Bagaimana Baginda menghadapi kehidupan.. Allah menjadikan orang miskin itu untuk bersabar... dan yang kaya untuk bersyukur.. Jangan kerana kita miskin kita susah kita memilih jalan hidup yang salah untuk mencapai kesenangan... Apa gunanya kaya jika hidup tiada keberkatan.. Hidup di dunia tidak aman..Di akhirat apatah lagi... Yang kaya dan berharta pula jangan terlalu angkuh dan berbangga dengan kekayaan... Ingat setiap harta yang kita ada akan diperhitungkan di akhirat nanti.. Alangkah indahnya jika tiada harta tapi hidup sentiasa bersyukur dan cukup den...

akal atau hati

12 tahun lalu.. Ustazah selalu cakap pada kami.. Jangan cakap orang jahat.. Jangan cakap orang teruk.. Perkataan itu doa.. Jangan jatuhkan hukuman kepada orang sesuka hati.. Dan sejak itu saya jarang sebut perkataan itu.. 12 tahun berlalu.. Dan saya mula lupa akan nasihat itu... Kalau dulu mungkin kurang faham.. Tapi sekarang saya faham dengan pesanan itu.. Bila kita kata orang jahat... Bila kita kata orang teruk.. Dan sewaktu dengannya.... Tanpa sedar Ada orang lain yang tengah perhatikan kita Dan cakap perkara yg sama pada kita... Dan cuba kita fikir... Bila orang kata kita jahat.. kita teruk ... Kita sedih..sakit hati.. Pernah tak fikir.. Itu kifarah kita kata pada orang... Akhirnya apa yg kita kata patah balik pada kita..   Kita tetap tidak sempurna... Ada masa apa yg kita rasa kita cakap..Kita buat itu betul... Sebenarnya salah... Manusia memang lebih suka ikut hati daripada akal.. Kadang kadang hati no 1 akal no 2.. Bila dah guna akal baru ...

maksud hati

Kadang kadang akan terjadi Apa yang ingin disampaikan disalah ertikan...   Kadang kadang niat baik disalah ertikan sebagai niat buruk Kadang2 apa yang dituturkan dengan tujuan yang baik Menjadi buruk di pendengaran orang lain.. Kadang2 riak wajah.. Tidak mempamerkan niat hati.. Sehingga disalah ertikan Mungkin niat di hati satu pihak lain Tapi sampai ke hati satu lagi dalam keadaan lain Pendek kata.. Biarlah kalau manusia tidak tahu.. Yang penting Allah tahu apa yang tersirat di hati.. Kerana soal hati hanya Allah yang Lebih Tahu

belajar dan belajar

selalu saja berlaku.. kata dan tindakan mendahului akal fikiran tanpa sedar ada hati yang terluka... selagi bergelar manusia.. kita tetap tidak akan dapat lari dengan keadaan itu.. belajar dan belajar untuk menjaga tutur kata berhati hati sebelum bersuara -saya masih lagi belajar-

coretan hati di ulang tahun kelahiran

Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah.. Kerana masih mengizinkan aku bernafas di bumi ini... Dengan rahmatMu masih mengurniakan aku kesihatan yang baik..        Hari ini bertambah lagi umurku.. Baki yang tinggal tidak kutahu.. Mungkin 5 tahun.. Mungkin 10 tahun.. Mungkin satu hari..       Mungkin satu jam.. Munkin satu minit.. Sungguh..   Kematian itu makin mendekat..           Semuanya dalam rahsiaMu.. Ku tahu umur ini pinjamanMu.. Setiap hari dalam melangkahi denai kehidupan.. Sering bersarang di fikiran.. Cukupkah amalanku.. Cukupkah bekalanku..               Untuk ku bawa ke dunia abadi..   Layakkah aku ke syurgaMu.. Tapi aku tidak mahu ke nerakaMu.. Moga moga umur yang berbaki.. Biarlah diisi dengan amalan untuk aku bertemu denganMu Dengan rahmatMu rahmatilah daku Ya Allah.. Di dunia dan akhirat..amin

certain mistake

"Certain mistake is acceptable     Certain mistake is unacceptable... It doesn't matter who make the mistake...                                                             And I always know everyone make mistake And everyone is not perfect But.. Certain mistake is unacceptable" Ini kata kata yang pernah saya coretkan.. Tapi ternyata saya lupa.. Saya juga pernah buat silap.. Kadang2 salah saya besar.. Kadang2 kesalahan yang sama diulang ulang Dan Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih dan Penyayang...   Kenapa pula saya hambaNya yang hina tidak bisa memaafkan kesalahan orang lain.     Saya tidak patut menjadi manusia yang sombong untuk tidak mahu memaafkan orang lain.. -masih belajar -

Watak jahat vs watak baik

Ini post pertama selepas Muharam 2014.. Semakin saya lama dalam dunia ini Makin saya kenal dengan watak permainan manusia Makin  saya perasan kewujudan watak berikut: Ada sesetengah orang yang suka jadi batu api Atau dalam tanpa sedar jadi batu api Suka tengok orang lain marah Suka tengok orang bergaduh Ada sesetengah orang yang menjadi penghalang untuk orang buat baik Suka tengok orang buat jahat Dengki tengok orang berubah jadi baik Ada sesetengah orang mereka fikir mereka sedang bergurau Tapi sedar atau tidak sedar Gurauan itu tidak kena pada tempat Gurauan itu menyakitkan hati Ada sesetengah orang Mereka rasa mereka lebih pandai daripada orang lain Mereka rasa mereka lebih baik daripada orang lain Mereka rasa mereka lebih bagus daripada orang lain Ada bermacam watak jahat rupanya dalam dunia ini.. Rupanya bukan dalam cerita atau drama sahaja.. Dan watak jahat inila yang menghalang orang lain untuk berubah.. Yang membantutkan keinginan orang lain...

entry

Dah lama tidak menulis.. Mungkin kerana terlalu 'sibuk' dengan isu duniawi Menghalang diri ini menulis 'entry' baru Tambahan pula Diuji dengan ujian keikhlasan.. Diuji dengan ujian istiqamah.. Maafkan saya.. InsyaAllah.. Saya akan kembali aktif tidak lama lagi.. Sedang mengumpul kembali Semangat dan kekuatan.. =`)

bila dunia ini melelahkan

Dunia ini melelahkan Untuk aku Yang semakin penat dan lelah Dalam menghadapi ribut taufan dunia Dunia ini melelahkan... Namun aku tetap meneruskan langkahan Dengan rela atau terpaksa Dunia ini melelahkan Namun aku mesti terus tabah Kerana ini resam Selagi nyawa dikandung badan

diam bila marah

Ada masa rasa macam nak tampar je mulut sendiri bila terlepas kata Terutamanya bila marah.. Bila marah rasa macam laju je kata-kata keluar Tanpa fikir panjang baik atau buruknya.. Bila dah habis keluar semua kata kata baru rasa macam menyesal.. Betul kata pepatah Terlajak perahu boleh diundur Terlajak kata buruk padahnya. Dan saya ada masanya Susah nak kawal emosi bila marah Masalahnya bila dah habis marah baru nak fikir 'betul ke apa yang aku cakap tadi' Dan kerana itu Lebih baik diam bila marah Supaya  tak banyak yang sakit hati Tak banyak hubungan terganggu Dan kita pun tak menyesal tak sudah Dan saya masih belajar Memang susah melalui jalan untuk jadi baik ini.. Tapi saya kena berusaha ='(

ragam manusia

dalam hidup.. kita akan jumpa dengan pelbagai ragam manusia.. yang kadang kadang boleh buat kita tersenyum yang kadang kadang rasa macam nak gelak yang kadang kadang boleh buat kita marah yang kadang kadang boleh sakitkan hati yang kadang kadang boleh buat kita rasa 'malas nak layan' yang kadang kadang boleh buat kita fikir 'aduhai wujud juga manusia macam ni' yang kadang kadang boleh terdetik dihati 'apa yang dia ni nak sebenarnya' tapi itu hukum kehidupan.. ujian hidup namanya.. untuk tambah perisa manis pahit masin masam kehidupan.. ada masa rasa macam 'aduh ini sudah hilang sabar aduh ini nak kena tarbiah ni' tapi lebih baik.. senyum.. tak perlu kata apa-apa senyum jangan kata apa-apa senyum.. tak boleh senyum.. diam.. =) sungguh ada masa ini lebih baik.. boleh menyelamatkan keadaan boleh menyelamatkan banyak hubungan.. kerana fitrah hidup.. ragam manusia itu berbeza

Bila kita marah

Bila kita marah.. Kita ada pilihan.. Sama ada untuk terus melampiaskan rasa marah.. atau berdiam diri menahan sabar di hati.. atau untuk tersenyum Saya lebih banyak memilih pilihan kedua apabila saya marah.. Jalan selamat untuk tidak mencentuskan pergaduhan Walaupun tidak mudah Tapi sekurang kurangnya ia lebih senang Daripada tersenyum bila marah.. Kerana saya masih tidak berada di tahap itu..

orang yang hebat

"orang yang hebat ialah  orang yang mampu tersenyum apabila disakiti.. orang yang hebat ialah  orang yang mampu tenang apabila marah" dan kriteria itu ada pada ibu saya yang tidak ada pada saya.. dan saya masih belum mampu untuk berada di tahap itu... Belajar dan terus belajar Untuk sampai ke tahap itu.. Kerana tidak mudah melalui ujian kehidupan Dan saya tetap kagum dengan ibu saya.. Bagaimana dia menangani perasaannya sebegitu rupa.. Mungkin kerana itu hidupnya sentiasa tenang Walaupun kadang-kadang ada tohmahan ada ranjau ada duri dalam laluan perjalanan kehidupannya.. Dan dia tetap ibu yang terbaik untuk saya.. Yang tetap saya kagumi.. Yang tetap memberi saya inspirasi Untuk saya lebih dewasa dalam kehidupan saya... p/s: tulisan ini saya tulis tanda terima kasih kepada ibu saya kerana menyejukkan hati saya yang sedang marah dan terluka.. Hanya dengan sedikit kata-kata Air mata bertukar kepada senyuman.. Thanks mom..You're the best mom...

tribute untuk hari bapa...

Ada orang tanya saya bila hari bapa.. Hari yang tidak pernah saya sedar kewujudannya.. sehinggala saya berada di universiti.. Namun saya tidak berkesempatan untuk menyambut hari bapa kerana ayah pergi dulu pada tahun yang sama.. Dan jawapan saya.. Ada apa dengan hari bapa.. Untuk saya yang sudah kehilangan ayahnya.. i miss my father so much..... 9 tahun... Tapi perasaan ini tetap sama. rindu ini tetap tak akan hilang.. Ayah... adanya dia dan tak adanya dia.. Tetap menjadikan dunia kita berbeza.. Tetap menjadikan kehidupan kita berbeza... Hilangnya dia ibarat hilangnya pelindung kita.. ibarat patahnya dahan tempat berpaut.. Ayah... Cara dia menunjukkan kasih sayang berbeza.. Kerana dia ketua keluarga.. Namun hati ini tetap merasai Kasih dan sayang seorang ayah Dalam caranya yang tersendiri Kerana itu Rindu ini tetap takkan hilang.. Tempatnya di hati ini istimewa.. Tetap istimewa walaupun dia tiada lagi.. Tiada siapa yang bisa menggantikan tempatnya.. W...

Qada' dan Qadar

Qada' dan qadar adalah salah satu rukun iman yang wajib kita imani.. Maka kita kena percaya dan redha Dengan ketentuan yang Allah tentukan untuk kita dan apa yang berlaku dalam hidup kita     Allahuakhbar... Kadang2 kita lupa.. Apa yang berlaku sentiasa hikmah di sebaliknya.. Walaupun kita tak nampak hikmahnya sekarang... Mungkin satu masa nanti kita akan sedar                                                 Kadang2 macam macam perkara berlaku dalam hidup kita..     Kadang2 perkara yang kita inginkan tidak kita miliki Tapi kita tidak berhak untuk putus asa dgn rahmat Allah.. Dan kita wajib redha dengan apa yang berlaku pada kita.. Dan jangan kita lupa. .. Redha tak bermakna putus asa

Sakit hati

Pernah tak sakit hati bila kita melihat atau mendengar tingkahlaku atau kata kata Yang menyakitkan hati kita.. Walhal orang itu bergurau atau bercakap benar Jika tidak anda tidak pernah kecil hati atau sakit hati.. Good job... Anda berjiwa besar.. Kerana orang yang mudah berkecil hati itu kerana hatinya kecil.. (Dan saya juga termasuk dalam orang berhati kecil) =) Dan perasan atau tidak Hati bila sakit.. Mampu membuatkan kita berfikir bukan bukan Hati bila sakit.. Mampu menghilangkan kepercayaan Hati bila sakit.. Mampu mengeruhkan hubungan Hati bila sakit.. Mampu menghilangkan senyuman Hati bila sakit.. Mampu menghilangkan keikhlasan                                                         Alangkah begitu sekali kesannya bila sakit hati Maka kerana itu.. Tutur kata dan tingkahlaku perlu dijaga. Untuk mengelakkan ada hati...

tribute untuk hari ibu

Kita...     Apa apa yang menyebut mengenai ibu boleh mengundang air mata..   Saya pasti.. Semua orang akan rasa satu perasaan halus dan tersentuh setiap kali disebut nama ibu atau ayah.. Tidak percaya.. Cuba..     Ibu..   Apabila ada yang menyakiti hati ibu saya, saya juga akan turut merasa sakitnya.. Saya percaya anda juga begitu.. Cuba tanya dalam diri.. Kita sendiri.. Dalam sedar atau tidak sedar Pasti ada kita menyakiti hati mereka Ibu.. Apabila kita memerlukan mereka.. Mereka tak pernah kata tak untuk kita.. Kita sendiri... Bagaimana kita melayan mereka Kita..                                   Apabila mak telefon kita.. Bila mak tanya kenapa lama tak call Kita kata kita busy.. Bila mak tanya Bila nak balik kampung           Kita kata kita banyak kerja Bila mak kata mak nak pakai duit Kita kata mak duit yang saya ...

Berhenti sejenak

Sepanjang hidup... Ada masa... Kita kena berhenti sejenak.. Bersendirian... Berdiam diri.. Muhasabah diri..     Dalam sedar atau tidak sedar Dalam sengaja atau tidak sengaja                             Berapa banyak daripada kata kata kita yang telah menyakitkan hati orang lain.. Berapa banyak perbuatan kita yang telah menyinggung perasaan orang lain. Saya...awak..dia..mereka.. Kita semua tidak sempurna... Akan ada masa Kita tersalah kata.. Kita tersalah laku.. Kerana kita tidak sempurna....     Saya... maafkan saya andai ada yang tersinggung dan terluka.. Hari ini atau semalam           Kerana saya manusia biasa yang tidak sempurna. .. -masih belajar-

kosong...

Kosong.. ini puisi..puisi kosong Ku pandang ke luar jendela.. Ah, mereka begitu sibuk Jalan laju-laju.. Lari laju-laju.. Bergerak laju-laju.. Ke mana mahunya mereka?.. Apa yang dikejar mereka?.. Senja sudah merangkak ke gelita.. Tapi mereka masih di situ.. Di lebuh raya itu.. Apa yang dicari mereka? Apa yang diinginkan mereka? Fikiranku kosong lagi.. Keliru dalam kesibukan.. Aku di sini.. Tetap di sini.. Memerhati... Berfikir.. Apa sebenarnya yang berlaku..

My Trip to Korea D-5 DMC (Digital Media City) - last day

Hari ini adalah hari terakhir kami di bumi Korea. Sedih untuk meninggalkan Korea. Ada sebabnya kenapa. Tetapi mungkin akan saya ceritakan di entry yang lain. Hari ini sebelum kami ke lapangan terbang, kami dibawa ke DMC (Digital Media City). Ia adalah bandar teknologi di Seoul. Di sini juga tempat artis Korea selalu hadir untuk 'Music Festival'. Berhampiran dengan bangunan SBS Tetapi, kami tak ada kesempatan bertemu dengan mana mana artis Korea di sini. Kami dibawa melawat ke Digital Pavillion. Selesai kami di sini, kami makan tengahari dahulu sebelum ke lapangan terbang. Makan tengahari hari ini adalah Korean noodle lagi.  Selepas 'lunch' kami terus ke airport. Penerbangan kami lebih kurang pukul 4 petang. Maka berakhirlah kisah kami di Korea. Setakat ini sahaja gambar untuk perjalanan ke bumi Korea yang dapat saya saya kongsikan, InsyaAllah, kalau berkesempatan, akan ada beberapa siri lagi mengenai K...

My Trip to Korea D-4 Namsan Seoul Tower

Selepas membeli belah di Dongdaemun, Kami ke Namsan Tower.  Oleh kerana hari ini adalah hari Ahad, maka memang sangat ramai pengunjung Tetapi kami tidak sempat naik ke Seoul Tower kerana kesuntukan masa. Makanya hanya pemandangan dari bawah saja dapat dilihat. Tapi sebenarnya sudah cukup memuaskan. Ini adalah bas elektrik yang dalam proses 'charging'.. menarik sebab tak ada dekat Malaysia. Tempat ini sudah hilang istimewanya pada pandangan saya. Tempat yang istimewa, tidak akan lagi jadi istimewa jika terlalu ramai orang yang sudah berada di situ. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda. Selesai kami melawat Namsan Seoul Tower ini, Kami makan malam di satu kedai yang berhampiran dengan hotel. berasaskan noodle. Catatan Day 5: Korea Day 5 (Last Day): DMC (Digital Media City) Catatan sebelumnya: Korea Day 4: Dongdaemun Market

My Trip to Korea D-4 Dongdaemun Market

Selepas makan tengahari di Insadong, kami dibawa ke Dongdaemun Market. Kawasan ini lebih moden kerana terdapat banyak pasaraya di sini. Dan di sini juga terdapat banyak 'money changer' bagi mereka yang ingin menukar duit. Saya tidak mebeli belah kerana sudah banyak barang yang dibeli. Maka, yang tidak mahu membeli belah mengambil kesempatan berjalan di  Cheonggyecheon (Stream).           airnya sangat jernih dan sejuk   Ia adalah sungai yang terdapat di tengah tengah  bandar Seoul. Ia telah diubahsuai untuk menjadi salah satu   projek tarikan pengunjung. Kalau berkesempatan, silala ke sini pada waktu  malam kerana ia lebih cantik dengan dihiasi lampu- lampu dan pemandangan yang indah. Sungai ini panjangnya lebih kurang 11km dengan  dibahagikan kepada 22 jambatan (bridge). Setiap jambatan ada keunikannya yang tersendiri. Saya tidak berkesempatan untuk menyusuri kesemua  laluan di sepanjang...

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea