Langkau ke kandungan utama

My Trip to Korea D-4 Dongdaemun Market

Selepas makan tengahari di Insadong, kami dibawa ke Dongdaemun Market.
Kawasan ini lebih moden kerana terdapat banyak pasaraya di sini.
Dan di sini juga terdapat banyak 'money changer' bagi mereka yang ingin menukar duit.

Saya tidak mebeli belah kerana sudah banyak barang yang dibeli.
Maka, yang tidak mahu membeli belah mengambil kesempatan berjalan di Cheonggyecheon (Stream). 

 
 

 
 

 airnya sangat jernih dan sejuk
 

Ia adalah sungai yang terdapat di tengah tengah bandar Seoul.
Ia telah diubahsuai untuk menjadi salah satu  projek tarikan pengunjung.
Kalau berkesempatan, silala ke sini pada waktu malam kerana ia lebih cantik dengan dihiasi lampu-lampu dan pemandangan yang indah.

Sungai ini panjangnya lebih kurang 11km dengan dibahagikan kepada 22 jambatan (bridge).
Setiap jambatan ada keunikannya yang tersendiri.

Saya tidak berkesempatan untuk menyusuri kesemua laluan di sepanjang sungai ini.
Saya hanya pergi ke sungai di kawasan Ogansugyo Bridge yang berhampiran dengan Dongdaemun Market.
Kalau berkesempatan saya ingin menyusuri sungai ini untukmelihat keistimewaannya








yang menariknya ada itik yang berenang-renang dalam air yang sejuk begini.




















Selain itu sempat juga saya rasa banana milk ini. Ini adalah minuman yang harus diminum bila
kita datang ke Korea kata mereka. Sedap..

 


















Selepas selesai membeli belah, kami ke Namsan Seoul Tower.
Korea Day 4: Namsan Seoul Tower

untuk catatan sebelumnya, sila klik:
Korea Day 4: Insadong Market

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini