Langkau ke kandungan utama

My Trip to Korea D-2 Itaewon Street, Seoul Central Masjid


Petang, kami dibawa ke Itaewon street.
Menurut tour guide kami, Muslim di korea hanya seramai 0.1%.
Dan kebanyakannya tinggal di Itaewon.
Kerana itu banyak kedai makan halal yang boleh ditemui  di Itaewon.

Suhu semakin sejuk menjelang malam.
Kalau ada sarung tangan sangat bagus.


Kami diberi masa untuk berjalan-jalan di Itaewon Street.
Untuk pengetahuan, kebanyakan peniaga di sini boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris...
Mungkin kerana terdapat ramai pelancong yang mengunjungi Itaewon Street ini.

Di sini anda boleh membeli pelbagai barang atau cenderamata
Tawar menawar harga dibolehkan.






Selepas itu kali ini makan malam adalah di Little India.


Selepas makan, kami dibenarkan untuk membeli belah lagi. Tapi kami mengambil kesempatan untuk singgah di Seoul Central Masjid. Terasa kagum melihat masjid di bandar Seoul ini. 
Seoul Central Masjid adalah satu-satunya masjid di Seoul ketika ini.




Terserempak dengan beberapa pelajar Malaysia. Rasa seronok bertemu dengan warganegara sendiri di tempat orang. Kami berbalas senyuman dan salam. Terasa dekat ukhuwah sesama Malaysia di bumi asing.

Kebetulan kami sampai ke sini adalah waktu Maghrib, Sempat meihat ada beberapa orang Korea juga bersolat di sana. Rasa terharu melihat ada orang Islam di Korea. Tetapi, kami tidak berkesempatan untuk bersolat di sini, kerana terpaksa terus pulang ke hotel.

Selepas penat menjelajah kami balik ke hotel. Tetapi yang masih larat untuk berjalan jalan, boleh berjalan di sekitar hotel. Kerana di sekitar hotel yang kami tinggal, banyak kedai untuk mereka yang suka membeli belah atau sekadar ingin melihat-lihat suasana.


Catatan sebelum ini, klik:
Korea Day 2 Seoul World Cup Stadium


Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini