Tempat pertama hari ini adalah DMZ (Korea Demilitarized Zone).
Terletak di Imjingak, GyeongGi Do
Bagi pelancong, tempat ini adalah
tempat melancong dan bergambar...
Tapi bagi rakyat Korea tempat ini
menghadirkan rasa sedih..
Tempat bersejarah selepas
perpisahan antara Korea Utara dan Korea Selatan.
Tapi pemandangan memang cantik mungkin kerana ianya yang masih belum terusik dengan kemodenan.
Berikut adalah beberapa gambar yang di'snap'
Selepas itu kami makan tengahari di sebuah restoran.
Menu kami hari ini adalah
bibimbap.
Dan ini adalah makanan paling
saya suka dan paling kena dengan selera saya (bagi makanan Korea).
Selepas makan, terus solat di restoran ini..
Alhamdulillah, tuan kedainya sangat baik dan membenarkan kami solat di
bilik tidurnya.
Terima kasih dan terharu..
Selepas makan kami bergerak ke Seoul World Cup Stadium 2002


Ulasan
Catat Ulasan