Langkau ke kandungan utama

Kuala Lumpur-Singapore-Instanbul

Day 1 (6 Oktober 2018)
Kuala Lumpur-Singapore-Instanbul

Trip ke Turki kali ini saya menggunakan pakej Al Ilmi.
Untuk ke Instanbul kami menggunakan penerbangan Singapore Airlines
yang transit di Singapore.
Berlepas pukul 9.45 malam waktu Malaysia, sampai di Singapore pada pukul 10.40 malam.
Waktu Malaysia dan Singapore adalah sama.
Transit di Singapore selama 3 jam.
3 jam macam lama tapi untuk bergerak ke 'gate' berlepas mengambil masa kerana
Airport Singapore sangat besar.
Tambahan pula pertama kali menjejakkan kaki maka perlu mencari2 terminal dan 'gate' untuk penerbangan kami.

Pertama kali saya jejakkan kaki ke Airport Singapore.
Memang kagum dengan keadaan di Airport Singapore.

Pertama kali juga menggunakan Singapore Airlines.
Pendapat saya. Selesa.
Diberi bantal, selimut, stokin, 3 kali makan,
dan ada TV. (Tidak memboringkan anda)

Jarak Singapore ke Instanbul : 11 jam...
Lama..
Memang lama.
Kami sampai di Airport Instanbul pukul 7.45 pagi waktu Instanbul.
Beza waktu Instanbul dan Malaysia : Instanbul 5 jam lewat.
Maknanya pukul 7.45pagi Instanbul, pukul 12.45 tengahari Malasyia.

sampai saja di Turki maka perjalanan kami bermula..

-
Turki Day 1 Instanbul (Panorama 1453 History Museum)




Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini