Langkau ke kandungan utama

Turki day 1: Instanbul (Panorama 1453 History Museum)

dari Ataturk Airport kami terus memulakan perjalanan di Turki...
Destinasi pertama: Panorama 1453 History Museum..

Adalah dinasihatkan..
Sebelum ke Turki baca sejarah di Turki..
Supaya kita lebih memahami setiap tempat yang kita pergi..
Kerana setiap bangunan,
Setiap tempat di Turki penuh dengan sejarah..

Untuk makluman
Di Panorama 1453 History Museum,
Semua pameran dalam bahasa Turki..
Tiada 'translation'....
Panorama 1453 History Museum ni menceritakan
sejarah penaklukan Kota Costantinople oleh Sultan Muhammad Al Fatih

Kalau hendak faham tentang apa yang dipamerkan,
ada audio yang disediakan dengan bayaran...
Saya hanya melihat gambar dan peralatan yang digunakan semasa perang..
Sedikit kecewa kerana tidak faham satu pun tulisan yang ditulis
Tapi sekurang kurangnya saya dapat melihat semua peralatan yang sebenar yang digunakan semasa penaklukan Kota Costantinople.
Bila melihat peralatan yang ditinggalkan..
Ada pelbagai rasa yang hadir..
Mereka..penakluk Kota ini orang yang hebat pastinya..

Dan juga Turki memang penuh dengan seni..
Gambar yang dilukis sangat cantik dan realistik...
Dan yang lebih utama..
Tiada masalah untuk mengambil gambar di dalam Museum ini..
Untuk makluman tidak semua Muzium di Turki boleh guna kamera atau telefon di dalamnya
Tiket masuk ke Museum ini lebih kurang 25 Lira.
Anda tidak perlu masa yang lama di dalam Museum ini..
Mungkin dalam 30 minit ke 1 jam pun dah cukup sebab Museum ni kecil sahaja.













Turki Day 1 Instanbul (Hagia Sophia Museum)

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini