Hot air balloon adalah salah satu perkara yang patut kita buat bila berada di Cappadocia. Saya pun mengambil peluang walaupun sebenarnya saya gayat dengan tempat tinggi. Kami bertolak selepas Subuh kerana biasanya mereka ingin melihat matahari terbit di atas Balloon. Alhamdulillah kerana Subuh sedikit awal, sempat solat Subuh di Hotel. Kalau tak memang kena solat Subuh di tempat menunggu naik belon ni la. Rasa bimbang ada. Tapi saya percaya mereka yang menguruskan Hot Air Balloon ni mesti ada kepakaran yang tinggi. Ada yang tanya berapa lama di atas belon ni, 45 minit dengan satu bakul dalam lebih kurang 20 orang. Harga bergantung kepada syarikat. Kami membayar dengan harga 230 USD. Memang rasa macam mahal, tapi bila lagi. Setiap hari ada lebih 100 belon yang terbang di atas langit Cappadocia ni. Mula2 risau sebab saya gayat. Tapi Alhamdulillah. Sebenarnya tak rasa takut sangat sebab belon naik perlahan sahaja. ...
HNwrites.travels.books