Langkau ke kandungan utama

Turki Day 1 : Instanbul (Blue Mosque)


Sebenarnya Blue Mosque,Hagia Sophia Museum, Topkapi Palace tidak jauh dan hanya beberapa minit berjalan.
Ini kerana pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pimpinan kerajaan Sultan Muhammad Al Fatih Instanbul ditukar menjadi pusat (ibu negara).
Maka kebanyakan bangunan kerajaan berpusat di sini.

Kami sedikit tidak bernasib baik kerana kawasan ini jika pada cuti awam sangatla sibuk.
Jika anda travel sendiri dan bukan pakej, bolehla merancang perjalanan ke sini bukan waktu cuti awam.

Selepas makan tengahari kami solat di Blue Mosque.
Waktu Zohor, tempat ini ditutup kepada pelancong.
Hanya yang beragama Islam dibenarkan masuk untuk menunaikan solat Zohor secara berjemaah.
 
Tempat mengambil wuduk adalah jauh daripada pintu masuk masjid.
Makanya bawala spray dan tuala kecil untuk mengelap kaki ketika mengambil wuduk.
(Untuk makluman, kebanyakan Masjid di Turki tiada tempat wuduk perempuan. Anda boleh mengambil wuduk di dalam tandas atau nak senang bawang spray. Ini kerana dari pembacaan saya wanita Turki adalah digalakkan bersolat di rumah. Kadang ada masjid yang tiada tempat solat khusus untuk perempuan)

Saya tidak sempat nak mengambil gambar Masjid ini betul-betul kerana kawasan yang terlalu padat dan kerana sedikit mengejar masa.
Tambahan lagi kerana masjid ini dalam pengubahsuaian. 
Tapi binaan masjid ini dan juga banyak masjid lain sebenarnya diambil ilham daripada senibina Hagia Sophia.












Day 2 Bursa: Grand Mosque

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini