Langkau ke kandungan utama

Turki Day 3: Pamukkale ke Cappadocia

Lupa nak bagitau perjalanan antara daerah di Turki adalah perjalanan yang panjang.
Jadi dari satu tempat ke satu tempat bas akan berhenti di tempat yang menjadi tarikan pelancong.
Kalau ikut pakej, bergantung kepada mereka nak bawa kita ke mana.
Hari ketiga kami adalah perjalanan di dalam bas.
kerana jarak antara Pamukkale ke Cappadocia adalah 7 jam.
Perjalanan yang panjang.
Tolak campur berhenti makan, toilet semua,
Hampir 13 jam dalam bas..

Memandangkan saya memang tak boleh tidur dalam bas kalau perjalanan tu perjalanan baru, tempat baru, waktu siang maka saya menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.
Terasa rugi kalau saya tidur takut terlepas yang menarik. Berikut antara gambar yang sempat saya ambil sepanjang perjalanan Pamukkale ke Cappadocia.




Pemandangan seperti ini hanya banyak di Turki bahagian asia sahaja. Ramai orang Turki duduk mengeteh di luar rumah sambil bersembang seperti ini





  Saya jatuh cinta berkali-kali dengan binaan masjid di Turki


Kami singgah solat di Konya.


ini adalah tempat untuk mengambil wuduk. Tempat mengambil wuduk pun MasyaAllah..cantik.

Dan seperti kebanyakan masjid di Turki, tiada tempat mengambil wuduk khusus untuk kaum wanita. (Orang di Turki menggalakkan kaum wanitanya bersolat di rumah). Kami mengambil wuduk di dalam tandas. Sebab itu saya pesan, bawala tuala kecil satu untuk lap kaki. Tak kirala andan lelaki ke perempuan kerana tempat mengambil wuduk adalah di luar masjid. Jarang nak jumpa tempat mengambil wuduk mereka di dalam masjid. Macam yang saya cakap, orang Turki mementingkan kebersihan.


Turki Day 3: Aksaray - Sultanhani Caravanserai

Ulasan

Catat Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini