Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2023

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 2 Islamabad-Swat)

7 November 2023 Kami mulakan hari dengan sarapan di hotel. Yang paling saya suka french toast di Pakistan. Sedap. Tak tahulah kenapa tak sama dengan di Malaysia. Lembut sikit yang di Pakistan ni. Ok yang terkenal di Pakistan ni, Chai. Ala-ala teh susu la di Malaysia. Tapi mereka guna 'fresh milk' . Harini kami check out dari Islamabad dan bergerak ke Swat. Menarik sangat tengok proses mengangkat bag ke coaster. Berat tau beg kami yang diangkat mereka. Kagum saya melihat kegigihan mereka mencari rezeki. Bag disusun elok-elok dan diikat dan dibalut dengan canvas untuk mencegah dari hujan. Sepanjang perjalanan ini kami akan menaiki coaster.  Ada dua kumpulan pada tarikh yang sama. Maka jumlah semua lebih kurang dalam 40 orang. Tapi, dipecahkan kepada dua kumpulan.  Kumpulan kami terdiri daripada 23 orang. Maka, satu coaster dan satu van untuk kumpulan kami.   1.        Destinasi Pertama:  Golra Sharif Railway Museum Dekat sini kita bole...

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 1 KL-Islamabad)

6 November 2023 Rasa berdebar sebab dah lama tak menjalani perjalanan yang panjang. Debar lain macam. Mungkin kerana kali ini pilihannya adalah Pakistan. Ataupun disebabkan disebabkan peperangan Israel dan Palestine, maka sedikit merisaukan keselamatan di Pakistan nanti. Tetapi, kepada Allah kita berserah dengan memperbetulkan niat kembara ini. Tentang Pakistan. Pakistan dalam bayangan? Sebelum dan selepas menjejakkan kaki, sememangnya berubah pandangan saya. Tak kenal maka tak cinta. Kenapa? Tunggu jawapan di post seterusnya.   Masa masuk gate menunggu, penuh dengan Pakistani. Dan 95% adalah lelaki. Melihatkan ramai warganya, hati terdetik, ramai juga rakyatnya berkerja di Malaysia.   Tentang flight. Kami menaiki penerbangan Pakistan Airlines. Namun jangan terkejut, sedikit berbeza flightnya dengan Malaysian Airlines dan Singapore Airlines (saya pernah naik dua flight ini). Tak bolehlah kalau kita nak membanding-bandingkan. Melihatkan keadaan kapal terbang saja ...

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Prolog 2)

Kembara ilmu kami berdua tertangguh selepas covid19 . Kembara terakhir ke Mesir yang tertangguh catatannya di blog ini. Selepas beberapa kali tidak ada keputusan, kami memutuskan untuk memulakan kembali perjalanan, kalini ke Pakistan.   Kenapa Pakistan? Sebelum Pakistan, ada beberapa negara yang dalam senarai. Namun atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, akhirnya kami putuskan, Pakistan destinasi seterusnya.   Pakistan bukanlah dalam senarai pilihan, malah saya teragak-agak semasa sahabat ini memutuskan untuk kesini. Adakah Pakistan selamat untuk kembara kami. Hati saya berkira-kira walaupun sering saja trip sebelum ini ke negara yang agak mencabar. Maka kredit harus diberikan kepada beliau. Terima kasih banyak kepada sahabat, a khirnya saya mengenali negara yang indah ini.   Pakistan yang saya temui berbeza dengan bayangan selama ini. Jauh sekali telahan saya.   Bermula daripada dalam flight, hati saya tertarik dengan negara yang tergolong dal...

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Prolog 1)

Ada orang tanya saya. "Bagaimana Pakistan?” Seronok. Kalau ada pilihan, nak lama lagi di sana. Tapi saya tak ada pilihan. Nak kena kerja untuk tanggung diri sendiri. Tiada cuti untuk berlama-lama di tempat orang.   Melarikan diri daripada realiti juga bukan satu pilihan yang bijak bukan?   Mana catatan Pakistan? Ada. Dalam proses. Catatan dah siap. Tengah buat pemilihan gambar. Dalam masa yang sama tengah kemaskini blog ini juga.   InsyaAllah, blog saya mungkin tidak akan bersawang lagi. Menulis adalah terapi saya. Dan tidak tahu siapa yang membacanya juga lebih membahagiakan.   Terima kasih kepada semua yang memberi galakan. Terutamanya yang baru saja berkenalan dan bertemu. Manis-manis sekali ayat-ayat sokongan kalian. Yang buat hati saya terpujuk dengan luka yang bersilih ganti.   Saya bagitahu mereka, bertemu dengan orang yang tidak kenal kita, di dunia yang asing buat saya lebih bahagia. Anehkan. Hubungan 10 hari lebih ikhlas daripada hubungan yang su...

Saya Benar Benar Kembali.

 Untuk beberapa tahun kebelakangan. Banyak kekangan. Namun ada beberapa orang yang tidak henti-henti menyeru saya untuk meneruskan balik tulisan. Yang mana mengikuti saya di FB, instagram tahu saya agak aktif menulis di sana. Namun perasaannya tak sama dengan menulis di blog sendiri. Akhirnya setelah sekian lama, saya akan kembali menulis di papan ini. Dengan menulis adalah ubat kepada segala luka dan kecewa.  Saya rebranding nama blog dan juga label. Ada posting yang akan saya kemaskini balik ayat-ayatnya. Nampak berterabur sedikit. Mungkin kerana pengalaman menulis dulu tak sama dengan sekarang. Dan akan mengambil sedikit masa. InsyaAllah, saya akan lebih aktif. Nantikan posting travel saya yang tertangguh sebelum ini dan juga posting travel yang terbaru (Pakistan). Saya akan cuba. Mudah-mudahan diberi kelapangan.

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea