Langkau ke kandungan utama

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 2 Islamabad-Swat)

7 November 2023

Kami mulakan hari dengan sarapan di hotel. Yang paling saya suka french toast di Pakistan. Sedap. Tak tahulah kenapa tak sama dengan di Malaysia. Lembut sikit yang di Pakistan ni. Ok yang terkenal di Pakistan ni, Chai. Ala-ala teh susu la di Malaysia. Tapi mereka guna 'fresh milk'.



Harini kami check out dari Islamabad dan bergerak ke Swat.

Menarik sangat tengok proses mengangkat bag ke coaster.

Berat tau beg kami yang diangkat mereka. Kagum saya melihat kegigihan mereka mencari rezeki.

Bag disusun elok-elok dan diikat dan dibalut dengan canvas untuk mencegah dari hujan.

Sepanjang perjalanan ini kami akan menaiki coaster.  Ada dua kumpulan pada tarikh yang sama. Maka jumlah semua lebih kurang dalam 40 orang. Tapi, dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan kami terdiri daripada 23 orang. Maka, satu coaster dan satu van untuk kumpulan kami.



 

1.       Destinasi Pertama: Golra Sharif Railway Museum


Dekat sini kita boleh melihat keretapi lama Pakistan yang pernah digunakan pada zaman dahulu. Anggaran dibina lebih 150 tahun dahulu pada zaman British. Terletak di laluan utama laluan keretapi Pakistan. Menghubungkan selatan Pakistan dan Peshawar yang terletak di utara. Zaman dahulu, ia berfungsi menghubungkan Peshawar, Kohat, Havelian dan juga Multan.

    Sambil bergambar dengan keretapi lama, kalian boleh juga lihat peralatan yang digunakan di dalam     keretapi tersebut pada zaman dulu di muzium yang terletak bersebelahan dengan landasan keretapi ini.














         

2.       Destinasi kedua: Faisal Mosque

Masjid negara Pakistan yang terletak di kaki bukit Margalla Hill, di Islamabad. 

Masjid keenam terbesar di dunia dan terbesar di Asia Selatan.

Diberi nama sempena nama Raja Faisal (Raja Arab Saudi) yang telah menderma sebanyak 28 juta untuk pembinaan masjid ini.  Pembinaan masjid menelan belanja hampir 120 juta USD.

Senibinanya yang sedikit berbeza daripada biasa sebab dia tak ada tipikal kubah seperti binaan masjid lain. Perbezaan pembinaan ini pernah menimbulkan kritikan. Binaan 4 menara ini mendapat inspirasi daripada binaan kaabah yang berbentuk empat segi.

Boleh memuatkan seramai 300 000 jemaah pada solat Jumaat.

Pelancong dan nonmuslim tidak dibenarkan masuk ke ruang utama dewan solat (prayer hall) untuk lawatan. Mungkin untuk menjaga kesucian masjid. Jadi kalau ada yang berniat untuk solat tahiyatul masjid dan solat sunat lain boleh saja laksanakan di perkarangan luar.

 





Alhamdulillah, tourist guide kami telah meminta kebenaran awal untuk kami masuk di ruangan atas untuk melihat senibina. Beliau memaklumkan, untuk masuk ke dalam masjid, pihak mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak masjid terlebih dahulu. 

Apabila masuk, rasa tenang saja mendengar anak-anak hafiz Pakistan sedang menghafal Al Quran. Mungkin inilah perasaan berada di taman syurga. Patutlah kami tidak dibenarkan masuk. Ada kelas untuk anak-anak tahfiz ini.





Diingatkan kena bawa plastik untuk letak kasut. Untuk mengelakkan anda kehilangan kasut. 

 

Makan Tengahari: Cheezious Pizza Restaurant.

Pizza dia memang sedap. Sebab tak habis, sambung makan malam pun masih sedap dan lembut.

 

Bergerak Ke Swat

Dari Islamabad kami bergerak ke  Swat untuk bermalam di sana. Perjalanan memakan masa 4 jam.

Sempat ambil gambar dengan pandangan berbukit bukau di salah satu RnR mereka.




Makan malam di Zaiqa Restaurant, Swat.

 

Hotel: Hotel One Swat, Mingora.

Memang cantik sangatlah hotelnya. Luas dan selesa. Di kawasan ini ada pusat membeli belah juga. Kalau yang tinggal sini, bolehlah nak singgah membeli belah.

Yang saya suka pemandangan dari hotelnya. Kelengkapan asas ada. Kecuali Iron.

Catatan seterusnya:

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 3 Swat-Besham)

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini