Langkau ke kandungan utama

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Prolog 2)

Kembara ilmu kami berdua tertangguh selepas covid19. Kembara terakhir ke Mesir yang tertangguh catatannya di blog ini. Selepas beberapa kali tidak ada keputusan, kami memutuskan untuk memulakan kembali perjalanan, kalini ke Pakistan.

 

Kenapa Pakistan?

Sebelum Pakistan, ada beberapa negara yang dalam senarai. Namun atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, akhirnya kami putuskan, Pakistan destinasi seterusnya.

 

Pakistan bukanlah dalam senarai pilihan, malah saya teragak-agak semasa sahabat ini memutuskan untuk kesini. Adakah Pakistan selamat untuk kembara kami. Hati saya berkira-kira walaupun sering saja trip sebelum ini ke negara yang agak mencabar. Maka kredit harus diberikan kepada beliau. Terima kasih banyak kepada sahabat, akhirnya saya mengenali negara yang indah ini.

 

Pakistan yang saya temui berbeza dengan bayangan selama ini. Jauh sekali telahan saya.

 

Bermula daripada dalam flight, hati saya tertarik dengan negara yang tergolong dalam negara yang masih membangun. Melihatkan rakyatnya, saya dapat merasakan, saya akan bertemu dengan sesuatu. InsyaAllah.


Pembangunan di Pakistan jauh sangat ke belakang jika nak dibandingkan dengan negara yang pernah dilawati sebelum ini.

Malah melihatkan pembangunannya, jauh lebih ke belakang berbanding negara yang pernah dilawati sebelum ini.

Rakyatnya lebih berhemah dan lemah lembut berbanding negara lain sebelum ini.

Memandang mereka berbual sesama sendiri kelihatan ukhuwah sesama manusia masih utuh. Mungkin kerana mereka masih jauh dari arus kemodenan. Maka nilai kemanusiaan itu masih tinggi.

Walaupun masih ada kekurangan, namun ada banyak sangat kebaikan yang boleh didapati dan menutup yang kurang itu.

(Baru hari pertama catatan ini ditulis, namun saya telah rindu. Saya tahu saya akan rindu dengan momen momen berharga ini. Doakan saya bertemu yang saya cari di penghujung perjalanan panjang ini.)- catatan ini ditulis semasa hari pertama saya di Pakistan.

 

Kembara kali ini saya namakan Kembara Nilai. Ada sesuatu yang saya cari pasca beberapa peristiwa pilu dihati dan juga di fasa perang Palestin Israel yang masih berlangsung. Mencari nilai Islam di negara Islam. Moga ketemu.

Catatan Day 1

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 1 KL-Islamabad)

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini