6 November 2023
Rasa berdebar sebab dah lama tak menjalani perjalanan yang panjang. Debar lain macam. Mungkin kerana kali ini pilihannya adalah Pakistan. Ataupun disebabkan disebabkan peperangan Israel dan Palestine, maka sedikit merisaukan keselamatan di Pakistan nanti. Tetapi, kepada Allah kita berserah dengan memperbetulkan niat kembara ini.
Tentang Pakistan.
Pakistan dalam
bayangan? Sebelum dan selepas menjejakkan kaki, sememangnya berubah pandangan saya. Tak kenal maka tak cinta. Kenapa? Tunggu jawapan di post
seterusnya.
Masa masuk gate menunggu, penuh dengan Pakistani. Dan 95% adalah lelaki. Melihatkan ramai warganya, hati terdetik, ramai juga rakyatnya berkerja di Malaysia.
- Tentang flight.
Kami menaiki
penerbangan Pakistan Airlines.
Namun jangan
terkejut, sedikit berbeza flightnya dengan Malaysian Airlines dan Singapore
Airlines (saya pernah naik dua flight ini). Tak bolehlah kalau kita nak membanding-bandingkan. Melihatkan keadaan kapal terbang saja pun kita boleh tahu mereka sedang berjuang untuk membangun.
Perlu diingatkan
Pakistan masih dalam fasa membangun. Maka, kekurangan itu tetap ada. Mari sama-sama
kita doakan Pakistan membangun menjadi sebuah negara yang membangun pesat.
Berbalik kepada
flight.
Kena tahu satu
perkara, yang pramugarinya takkan bantu kita susun bag. Tak seperti
flight lain. Maka. Kita kena pandai susun sendiri. Letak elok-elok, supaya orang lain pun boleh nak letak bag juga. Tempat letak bag
dia sedikit tinggi. Sebab orang Pakistan tinggi-tinggi. Tetapi, kalau tak sampai, boleh minta
tolong. Sebab rakyat Pakistan sangat mudah untuk diminta bantuan.
Pernerbangan pula sangatla rileks. Memang ke sana ke sini penumpangnya. Siap ada yang singgah bersembang panjang lagi. Daripada awal sampailah ke mendarat. Masih ada lagi yang berdiri walaupun juruterbang sudah meminta penumpang duduk.
Apabila selesai mendarat, adalah baik biarkan saja rakyat Pakistani turun dulu. Sebabnya, belum sempat juruterbang habiskan pengumuman sudah sampau, semuanya pun dah tergesa-gesa bangun angkat beg dan berdiri untuk keluar. Kalau kita ikut serta memang tenggelamlah kita yang kecil-kecil ni. Lagipun proses imigresennya pun lama. Jadi, tak perlu kalut untuk turun.
Perjalanan KL-Pakistan dalam anggaran 6 jam.
Mendarat di
Pakistan lebih kurang pukul 5 petang waktu Pakistan bersamaan 8 malam waktu
Malaysia. Beza waktu Malaysia-Pakistan adalah 3 jam.
- Tentang lapangan terbang Pakistan.
Ada beberapa
perkara yang nak saya highlight tentang kejadian di airport.
1. 1. Imegresen dan visa memakan sedikit masa kerana mereka masih pakai cara manual. Lebih
daripada 1 jam juga berbaris. Selesai urusan pasport kena beratur lain untuk
pengecopan visa. Memang mencabar. Perkara yang boleh selesai dalam beberapa
minit, tapi disebabkan masih sistem manual maka jadi memakan masa. Kena banyak
bersabar kerana Pakistan masih negara yang sedang membangun.
2. Masuk je waktu Maghrib, azan berkumandang di dalam airport. True Islamic Country. Ada sekumpulan ahli kumpulan kami yang baru habis jama’ takhir, melangsungkan solat maghrib di tepi dinding sementara menunggu imigresen dan visa selesai. Lepas tu ada pegawai imigresen tiba-tiba bangun. Ingatkan pegawai imgresen nak marah bila lihat dia bangun dan pergi ke arah mereka, rupa-rupanya dia pergi join solat. Terus rasa macam ‘wow’. Hebat sangat. Nampak muka mereka garang tapi tak sebenarnya.
3. Turun ke tempat pengambilan bagasi, tengok ada ramai Pakistani yang tengah solat di ruang solat terbuka. Kebanyakannya adalah staf lapangan terbang. Hebat mereka ni. Boleh solat berjemaah di tengah waktu kerja. Sesuatu yang boleh dipelajari. Jangan risau, ada kemudahan surau di lapangan terbang ini.
4. Tertarik dengan makcik cleaner tandas yang memang sedia menanti menunggu di kerusi di luar dipintu. Baru nak masuk, dia menyapa. Apabila kita masuk, dia ikut masuk sambil menunjukkan tempat tisu dan basuh tangan juga. Alahai, ramah dan welcoming sungguh orang Pakistan ni. Kagum kita.
5. Tandas di Pakistan ada air dan di kebanyakan tempat ada kedua-dua jenis. Jadi bukan satu masalah besar untuk kita, orang Malaysia yang memang mewah dengan air, yang memerlukan air untuk bersuci.
Makan Malam: Monal
Restaurant Pir Sohawa, Islamabad.
Kata tourist guide,
kebanyakan restoran yang kami akan dibawa nanti adalah antara yang terbaik dan sesuai untuk orang Malaysia dalam
kajian mereka.
Oleh kerana
sampai pun dah malam, kami dibawa makan di sini. Restoran terletak di puncak
bukit , Magallah Hill. Mencabar juga jalannya. Ala-ala Gerik. Pemandangan malam
cantik tapi tempat penuh dengan orang. Sambil makan akan dengar persembahan nyanyian
lagu Pakistan. Di luar restoran, ada beberapa gerai cenderahati juga.
Bermalam di
Hotel:Avari Xpress Islamabad.
Kelengkapan asas
ada. Cuma Iron memang tak ada. (Kebanyakan hotel di Pakistan memang
tak sediakan). Siap ada buah pisang dan epal disediakan untuk tetamu yang
menginap.
Stafnya pula sangat baik hati dan peramah.
(Gambar untuk lapangan terbang memang tak banyak. Terlupa sama. Begitulah. dah lama tak menulis catatan travel. Jadi lupa nak snap gambar. Maafkan saya.)
Catatan Day 2:
Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 2 Islamabad-Swat)




Ulasan
Catat Ulasan