Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2024

Perjalanan Balkan Day 3: Macedonia

Kembara Mencari Nilai:  Balkan (Day 3: Macedonia) 4 November 2024 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 1. Šarena Mosque Šarena Mosque juga dikenali sebagai Colorful Mosque terletak di Tetovo, Macedonia. Salah satu masjid tertua di Macedonia yang asalnya dibina pada tahun 1438. Masjid ini dipengaruhi dengan ciri-ciri masjid di Anatolia dan dibina sebelum penguasaan Konstantinopel. Kubahnya dipengaruhi oleh Byzantine. 2. Ohrid Bandar ini dan Ohrid Lake termasuk dalam Unesco Heritage . Terdapat banyak tinggalan arkeologi dan gereja era Byzantine. Memang salah satu tempat yang menarik untuk mereka yang sukakan sejarah dan fotografi. Lake ohrid: Sempadan pergunungan di antara  Macedonia dan juga Albania. Salah satu tasik terdalam dan tertua di Eropah. Cantik. Terutamanya waktu sunset.  Di sini kalian berpeluang untuk naik menaiki cruise mengelilingi Ohrid Lake selama 30 ke 40 minit. Ohrid Old Bazaar Street Bazaar ini antara tinggalan sejarah yang menjad...

Perjalanan Balkan Day 2: Skopje Macedonia

Kembara Mencari Nilai:  Balkan (Day 2: Skopje, Macedonia) 3 November 2024 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Skopje City Kalau kalian memang suka dengan senibina, sejarah dan fotografi, ini adalah satu pekan yang sangat menarik untuk ditelusuri.   Berikut adalah antara yang sempat kami singgah sepanjang di Skopje City ni:   1.    Macedonia Square Adalah pusat bagi bandar ini. Pembinaannya adalah sebahagian daripada Skopje Project 2014. Boleh baca sendiri dengan lebih lanjut berkenaan projek ini. Tapi kesimpulannya, projek ini adalah projek pembinaan bandar baru dengan diisi bangunan kerajaan dan muzim serta binaan monumen yang berkait dengan Macedonia. Namun mereka masih mengekalkan nilai-nilai sejarah yang ada di bandar ini. Ada pelbagai binaan patung yang didekasikan untuk pahlawan, pemuzik, penyair di sepanjang Macedonia Square ini sehingga kita bertemu dengan Old Bazaar. Di sini terdapat juga Memorial House of Mother Theresa. (Salah satu te...

Perjalanan Balkan Day 1: KL- Skopje, Macedonia

Kembara Mencari Nilai:  Balkan (Day 1: KL- Skopje, Macedonia) 2 November 2024 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Kami bertolak menaiki Turkish Airlines. Flight kami tengah malam selama lebih kurang 11 jam sebelum transit di Instanbul selama 2 jam, maka sempatlah Solat Subuh di Lapangan Terbang Instanbul. Tidak sukar mencari surau di lapangan terbang ini. Sambil bergerak mencari surau, mata sempat melihat sekeliling Lapangan Terbang Instanbul yang cantik dan sibuk dengan ribuan manusia ini. Terperasan label bahawa di sini ada fasiliti shower room juga. (Info yang menarik ni kalau tiba-tiba satu hari menjejakkan kaki sendiri di Instanbul). Selepas solat subuh terus bergerak ke ruangan menunggu di pintu perlepasan. Menanti panggilan untuk berlepas.   Sebab flight panjang, ini yang Trukish Airlines sediakan untuk keselesaan penumpang. Cantik sangat warna merah tu. Selepas itu kami meneruskan perjalanan penerbangan dari Intanbul ke Skopje yang memakan masa lebih kur...

Perjalanan Balkan 2024 Part 1: Pengenalan

Kembara Mencari Nilai: Negara-Negara Balkan: Part 1: Pengenalan 2-11 November 2024 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Trip Balkan ini adalah perancangan jangka panjang yang tertangguh mungkin. Ia adalah cita-cita saya untuk menjejakkan kaki di bumi bernama Bosnia. Membesar dengan keadaan kita tahu tentang apa yang terjadi dan dialami oleh mereka. Dan siapa sangka lintasan hati sekian lama yang tertangguh akhirnya tercapai. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Maka perancangan pun bermula.  Tahun 2017 saya menanam angan-angan. Semua yang rapat diajak. Namun ianya hanyalah impian yang belum dapat tertunai ketika itu. Mungkin kerana masalah komitmen masing-masing. Perancangan ke Balkan beralih ke Kembara Mencari Nilai yang bermula di Turki kemudian Mesir.  Balik dari Mesir 2019, kami berhasrat meneruskan perancangan ke Balkan pada 2020. Hendak dijadikan cerita, wabak covid pula melanda. Sekali lagi perancangan terkubur. Namun, hati tidak pernah berhenti berhajat. Setelah berperan...

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea