Langkau ke kandungan utama

Perjalanan Balkan Day 2: Skopje Macedonia

Kembara Mencari Nilai: Balkan (Day 2: Skopje, Macedonia)

3 November 2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Skopje City

Kalau kalian memang suka dengan senibina, sejarah dan fotografi, ini adalah satu pekan yang sangat menarik untuk ditelusuri. 

Berikut adalah antara yang sempat kami singgah sepanjang di Skopje City ni:

 

1.  Macedonia Square

Adalah pusat bagi bandar ini. Pembinaannya adalah sebahagian daripada Skopje Project 2014. Boleh baca sendiri dengan lebih lanjut berkenaan projek ini.

Tapi kesimpulannya, projek ini adalah projek pembinaan bandar baru dengan diisi bangunan kerajaan dan muzim serta binaan monumen yang berkait dengan Macedonia. Namun mereka masih mengekalkan nilai-nilai sejarah yang ada di bandar ini.

Ada pelbagai binaan patung yang didekasikan untuk pahlawan, pemuzik, penyair di sepanjang Macedonia Square ini sehingga kita bertemu dengan Old Bazaar.

Di sini terdapat juga Memorial House of Mother Theresa. (Salah satu tempat yang dikunjungi pelancong).

 





2.   Warrior on a Horse

Monumen Alexander the Great, Raja Macedonia yang juga ketua tentera. (Monumenb ini juga adalah sebahagian daripada Skopje 2014 project,

 





3.  Stone Bridge

Jambatan ini adalah lambang bagi bandar Skopje. Dibina pada zaman Empayar Sultan Mehmed

Jambatan yang melintasi sungai Vardar ini menghubungkan Macedonia Square (Bandar baru) dan Old Bazaar.

Kata mereka, Skopje ini sebagai dipecahkan dengan nilai perbezaaan. Antara sejarah dan kemodenan. Perbezaan antara Albanian dan Macedonia. Dan perpecahan ini dihubungkan dengan jambatan ini.

 



Antaran monument lain yang menarik yang terdapat di sekitar bandar ini adalah Monumen Fountain of Mothers of Macedonia, Philip II Macedon, Skanderbeg statute ,Skopje Art Bridge(Jambatan yang ada banyak monument artist dan pemuzik Macedonia). Semua binaan monumen ini adalah sebahagian daripada Skopje 2014 Project.

 



 

 

Old Bazaar

Daripada bacaan saya, Old Bazaar ini pada zaman pemerintahan Uthmaniyah, adalah sebuah pusat pemerdagangan.Terbukti dengan tinggalan binaan masjid dan caravanserai. (Caravanserai ini tempat rehat yang disediakan untuk traveller pada zaman dulu. Masa ke Turki dulu pernah juga melawat satu caravanserai di sana.)

Namun seperti Stone Bridge, Old Bazaar ini sudah beberapa kali musnah oleh pelbagai musibah seperti gempa bumi dan perang. Telah beberapa kali juga dibina semula selepas setiap kali kejadian.

 

Namun yang pasti, Bazaar ini bukan setakat sebuah pasar dan pusat perniagaan, bahkan ianya memiliki nilai sejarah dan budaya. Kini, ianya menjadi salah satu tumpuan pelancong untuk membeli pelbagai cenderahati. Selain terdapat banyak restoran di sini, terdapat pelbagai jenis baju, makanan sehinggalah kepada cenderahati lain yang boleh dibeli di sini.

 



1.       Daud Pasha Hamam

Bangunan ini ada 15 bilik dan dilitupi dengan 13 kubah(dome). 2 kubah besar menutupi bilik persalinan dan kubah kecil yang lain adalah untuk menutup bilik mandi.


 2.       Čifte Hamam

Terletak di Tengah Old Bazaar ini dibina pada abad ke 15 di bawah pemerintahan Isa Bey. Bangunan ini terbahagi kepada dua bahagian satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Kini bangunan ini menempatkan Contemporary Art Gallery



3.       Kapan han

Salah satu daripada 3 baki caravanserais yang masih wujud di Old Bazaar. Dibina pada abad ke-15. Bahagian atas adalah untuk tetamu manakala bahadian bawah adalah untuk kuda dan juga ternakan tetamu.

 

4.       Kuršumli Han 

Juga Salah satu daripada 3 baki caravanserais yang masih wujud di Old Bazaar. Dibina pada abad ke-16. Bumbung yang sebelum ini menutupi telah musnah selepas Perang Dunia Pertama. Kuršumli Han ini juga ada beberapa dome berbentuk pyramid.  Sama seperti Kapan Han, Bahagian atas adalah untuk tetamu manakala bahadian bawah adalah untuk kuda dan juga ternakan tetamu.

Masjid dan Hamam yang terhubung ini telah musnah ketika gempabumi pada tahun 1963.


 5.   Sultan Murad Mosque

Masjid dibina pada abad ke -15. Seperti bangunan-bangunan bersejarah lain di Old Bazaar. Ia telah musnah dan direnovasi beberapa kali. Namun, senibinanya masih dikekalkan dan masih berfungsi sebagai Masjid.





                  

6.        Arasta Mosque

Masjid ini dibina pada abad ke-16. Dinamakan "Arasta," yang merujuk kepada kepada kawasan pasar sekitar (khususnya untuk tekstil).



             

Mustapha Pasha Mosque

Dibina pada tahun 1492 Era Empayar Uthmaniyah. Majsid ini ada taman bunga ros. (yang menariknya, bunga ros dia sangat besar dan cantik. Masjid ini sudah beberapa kali direnovasi atas beberapa faktor.  Dan kerajaan Turki telah menaja renovasi masjid ini yang siap selepas 5 tahun iaitu pada Ogos 2011.







-Secara personal, saya sangat suka dengan Bandar Skopje ini. Kerana elemen sejarahnya masih sangat kuat.-

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini