Langkau ke kandungan utama

Perjalanan Balkan Day 3: Macedonia

Kembara Mencari Nilai: Balkan (Day 3: Macedonia)

4 November 2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


1. Šarena Mosque

Šarena Mosque juga dikenali sebagai Colorful Mosque terletak di Tetovo, Macedonia. Salah satu masjid tertua di Macedonia yang asalnya dibina pada tahun 1438. Masjid ini dipengaruhi dengan ciri-ciri masjid di Anatolia dan dibina sebelum penguasaan Konstantinopel. Kubahnya dipengaruhi oleh Byzantine.




2. Ohrid

Bandar ini dan Ohrid Lake termasuk dalam Unesco Heritage. Terdapat banyak tinggalan arkeologi dan gereja era Byzantine. Memang salah satu tempat yang menarik untuk mereka yang sukakan sejarah dan fotografi.


Lake ohrid:

Sempadan pergunungan di antara  Macedonia dan juga Albania. Salah satu tasik terdalam dan tertua di Eropah. Cantik. Terutamanya waktu sunset. 

Di sini kalian berpeluang untuk naik menaiki cruise mengelilingi Ohrid Lake selama 30 ke 40 minit.



Ohrid Old Bazaar Street

Bazaar ini antara tinggalan sejarah yang menjadi tempat tumpuan pelancong. Di sini terdapat pelbagai kedai yang menjual pelbagai cenderahati dan kraftangan tempatan. Terdapat juga pelbagai restoran di sini.

Ohrid terkenal dengan mutiara. Yang berminat boleh cari mutiara disini. Ada money changer juga dan kami sempat tukar duit dekat sini. (Kenapa tukar duit dekat sini? Nanti kita cerita di posting yang lain)

Ada beberapa kedai yang mempunyai binaan berbatu unik yang mana ianya adalah kedai asal di bazar ini.

 


Antara perkara menarik lain yang menarik yang kalian boleh lawati jika ke Ohrid: Macedonian Theater of Ohrid, Samuel Fotress, Ohrid Old City Wall, Ohrid City Park, Bridge of Wishes di Struga (Struga adalah  sebuah pekan yang terletak berhampiran Lake Ohrid yang menjadi destinasi perlancongan).

 

Masjid Ali Pasha

Masjid ini dalam Ohrid Old Bazaar Street. Kami sempat solat jama' zohor dan asar sebelum menaiki cruise. 

Masjid ini dibina pada abad ke16 dan merupakan salah satu masjid yang pertama dibina di Macedonia. 

Kedudukan masjid ini adalah berhampiran dengan pokok Chinar yang berusia hampir 1,000 tahun (merupakan salah satu simbol yang terdapat di Ohrid Old Bazaar Street ini.

Masjid ini dibina daripada batu dan bata yang dibakar (fired brick). Terdapat dua menara. Salah satu menara yang terletak di sebelah selatan masjid telah dirobohkan pada tahun 1912. Masjid ini dibina dengan sebuah kubah pusat dan sebuah dewan masuk yang dilitupi dengan tiga kubah.

Di dalam kawasan masjid terdapat sebuah tempat mandian dan sebuah makam. Kerja-kerja pengubahsuaian dan pemulihan masjid ini telah dilaksanakan oleh Turkish Directorate General of Foundations.


Perjalanan Balkan Day 4: Macedonia-Albania

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini