Langkau ke kandungan utama

Perjalanan Balkan Day 1: KL- Skopje, Macedonia

Kembara Mencari Nilai: Balkan (Day 1: KL- Skopje, Macedonia)

2 November 2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Kami bertolak menaiki Turkish Airlines.

Flight kami tengah malam selama lebih kurang 11 jam sebelum transit di Instanbul selama 2 jam, maka sempatlah Solat Subuh di Lapangan Terbang Instanbul.

Tidak sukar mencari surau di lapangan terbang ini. Sambil bergerak mencari surau, mata sempat melihat sekeliling Lapangan Terbang Instanbul yang cantik dan sibuk dengan ribuan manusia ini.

Terperasan label bahawa di sini ada fasiliti shower room juga. (Info yang menarik ni kalau tiba-tiba satu hari menjejakkan kaki sendiri di Instanbul).

Selepas solat subuh terus bergerak ke ruangan menunggu di pintu perlepasan. Menanti panggilan untuk berlepas.

 



Sebab flight panjang, ini yang Trukish Airlines sediakan untuk keselesaan penumpang. Cantik sangat warna merah tu.



Selepas itu kami meneruskan perjalanan penerbangan dari Intanbul ke Skopje yang memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Hendak dijadikan rezeki, kalini dapat duduk sebelah tingkap. Memandangkan sudah siang, dah cuaca pun sangatlah baik, maka dapatlah menikmati pemandangan bawah yang sangat menakjubkan.

 





Sampai sahaja di lapangan terbang Skopje, perasaan dia macam sampai di Lapangan Terbang Langkawi. (Itu perasaan sayalah kan).

Imigresen dia tak ramai orang. Jadinya tidaklah terlalu lama. Cumanya, ada sedikit soalan-soalan basic yang akan ditanya oleh pegawai imigresen berkenaan perjalanan kita.

 

Oleh kerana Lapangan Terbang ini kecil, makanya tak ramai sangat orang dan proses mengambil bagasi pun tidak memakan masa yang lama.

Selepas itu, kami disambut oleh Tourist Guide dan menaiki bas yang telah sedia menanti. dan meneruskan perjalanan ke Skopje City. Skopje ini adalah ibu negara Macedonia.

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini