Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2025

Perjalanan Balkan Day 9: Croatia

Kembara Mencari Nilai:  Balkan (Day 9 :  Croatia ) 10 November 2024 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Great Waterfall Croatia (Veliki Slap) Air terjun terbesar dan terkenal terletak di Plitvice Lakes National Park , Croatia. Merupakan salah satu kawasan UNESCO World Heritage. Veliki Slap tinggi 78 meter, dan merupakan air tejun tertinggi di Croatia. Air terjun ini dibentuk oleh Korana River. Plitvice Lakes National Park ini dikelilingi oleh   kolam, air terjun dan pelbagai flora dan fauna. Veliki Slap adalah salah satu tarikan utama di sini. Zagreb Central Mosque, Zagreb The Zagreb Central Mosque atau Zagrebačka Centralna Džamija) masjid terbesar di Zagreb,Croatia. Menjadi pusat utama komuniti muslim di sini. Masjid ini dibuka pada 1987 dan masjid pertama dibina Zagreb   Selesai makan dan solat, kami bergerak ke Franjo Tuđman International Airport Zagreb untuk pulang ke Malaysia. Maka, berakhirlah trip kami ke Balkan. Nantikan beberapa kesimpula...

Perjalanan Balkan Day 8: Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina

  Kembara Mencari Nilai:  Balkan (Day 8 :  Sarajevo ) 9 November 2024 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Vrelo Bosne, Ilidža adalah sebuah kawasan semula jadi yang terletak di pinggir bandar Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina. Ia terkenal sebagai sumber air utama bagi sungai Bosna terletak di bawah kaki Gunung Igman, dan airnya yang jernih mengalir keluar dari gua-gua semula jadi.  Merupakan kawasan rekreasi dan pelancongan yang popular dengan pemandangan alam yang menakjubkan.   Ahmici Mosque, Vitez Terletak di kampung Ahmići, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Vitez. Masjid ini terkenal bukan sahaja kerana seni binanya yang indah, tetapi juga kerana peranannya dalam sejarah yang tragis yang berlaku semasa Perang Bosnia (1992-1995). Masjid Ahmići terlibat dalam salah satu peristiwa tragis semasa Perang Bosnia pada tahun 1993 yang mana terlah berlaku pembunuhan berama-ramai semasa kejadian di kampung ini oleh tentera Bosnia-Croatia,   me...

Perjalanan Balkan Day 7: Bosnia dan Herzegovina (Mostar-Konjic-Sarajevo)

Kembara Mencari Nilai:  Balkan (Day 7:  Mostar-Konjic-Sarajevo ) 8 November 2024 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Mostar Mostar adalah sebuah bandar bersejarah yang terletak di selatan Bosnia dan Herzegovina. Bandar ini terkenal dengan seni bina uniknya dan nilai sejarah dan budaya yang dipengaruhi oleh warisan Islam dan Kristian. Sejarah Mostar juga dipengaruhi oleh Perang Bosnia (1992-1995), yang menyebabkan kerosakan teruk pada banyak bangunan dan jambatan bersejarah. Pembinaan semula Mostar selepas perang telah berjaya memulihkan banyak struktur bersejarahnya, termasuk Stari Most.   Stari Most (Mostar Bridge): Jambatan yang terkenal ini adalah simbol Mostar dan merupakan mercu tanda utama bandar ini yang merentangi Sungai Neretva. Dibina pada abad ke-16 oleh empayar Ottoman. Jambatan ini hancur semasa Perang Bosnia pada tahun 1993, tetapi telah dibina semula pada tahun 2004 dengan binaan yang sama untuk mengekalkan keasliannya. Stari Most kini merupaka...

Perjalanan Balkan Day 6: Croatia

Kembara Mencari Nilai:  Balkan (Day 6:  Croatia ) 7 November 2024 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Day 6 Dubronik, Crotia   Old Town Dubronik Terletak berhampiran Laut Adriatik dan merupakan satu destinasi popular di Eropah. Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO . Dubronik dikelilingi oleh tembok kota yang kukuh. Kota ini mempunyai beberapa gereja lama bersejarah.   Stradun Jalan utama di Old Town Dubrovnik yang terkenal dengan batu-batu putih yang berkilat, dipenuhi dengan kedai, restoran, dan tempat menarik lain. Bangunan bersejarah dan monumen   Old Town mempunyai beberapa gereja lama dan monumen seperti Gereja St. Blaise, Katedral Dubrovnik, Palace Sponza (kini menjadi muzium), Rector’s Palace (kini menjadi galeri seni) Dubrovnik juga terkenal sebagai salah satu lokasi penggambaran untuk Game of Thrones, di mana tempat King's Landing.   Perjalanan Balkan Day 7: Bosnia dan Herzegovina (Mostar-Konjic-Sarajevo)

Perjalanan Balkan Day 5: Albania- Montenegro

Kembara Mencari Nilai:  Balkan (Day 5: Albania- Montenegro ) 6 November 2024 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Day 5 Albania-Montenegro   Ebu Bekr Mouque, Skhoder Juga dikenali sebagai Great Mosque. Dinamakan sempena nama Saidina Abu Bakar, khalifah pertama umat Islam. Masjid ini dibina pada abad ke 18, diispirasikan dari senibina masjid Uthmaniyah. Setelah musnah pada zaman komunis, proses pembinaan semula ditaja oleh Arab Saudi. Masjid ini adalah mercu tanda utama di Skhoder selain daripada Rozafa Fortress.   Budva, Montenegro Selepas itu kami bergerak ke Budva. Budva adalah sebuah bandar pesisir di Montenegro, terletak di Laut Adriatik. Bandar ini dipengaruhi oleh budaya Yunani purba, Rom, Byzantine, dan Venesia.   Old town Budva (Stari Grad) Kawasan bersejarah yang   mempunyai jalan-jalan batu yang sempit, tembok kota purba, gereja-gereja, dan bangunan-bangunan era Venesia. Kini, terdapat pelbagai kafe dan kedai cenderahati di dalamnya tetapi masih mengek...

Perjalanan Balkan Day 4: Macedonia-Tirana, Albania

Kembara Mencari Nilai:  Balkan (Day 4: Macedonia- Tirana, Albania ) 5 November 2024 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Day 4 Macedonia - Tirana, Albania Selepas sarapan, kami bergerak ke Albania.   Perjalanan ke Albania sedikit panjang. Tertunda 3 jam sebab tersangkut jammed kemalangan. Makanya kami sampai di bandar Tirana sudah lewat petang.  Kami terpaksa batalkan hasrat ke Rozafa Castle dan Skhoder Lake. Kami berhenti rehat seketika untuk ke toilet di Kompleksi Nogu, Albania. Ramah sangat auntie yang jaga toilet di situ. Dan teruja sekali dia apabila dia tahu kita dari Malaysia dan Muslim sepertinya. Beliau sedia tunjuk toilet mana yang ada pili air.  Cuma saya lupa nama beliau siapa.   Sebelum itu, sedikit tentang Tirana: Tirana ibu negara dan bandar terbesar di Albania. Disini terdapat Martyrs' Boulevard yang terletak di pusat bandar Tirana iaitu salah satu mercu tanda Albania. Martyrs' Boulevard  adalah laluan utama melintasi pusat bandar yang mengh...

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea