Kembara Mencari Nilai: Balkan (Day 7: Mostar-Konjic-Sarajevo)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Mostar
Mostar adalah
sebuah bandar bersejarah yang terletak di selatan Bosnia dan Herzegovina. Bandar
ini terkenal dengan seni bina uniknya dan nilai sejarah dan budaya yang
dipengaruhi oleh warisan Islam dan Kristian.
Sejarah Mostar juga dipengaruhi oleh Perang Bosnia (1992-1995), yang
menyebabkan kerosakan teruk pada banyak bangunan dan jambatan bersejarah.
Pembinaan semula Mostar selepas perang telah berjaya memulihkan banyak struktur
bersejarahnya, termasuk Stari Most.
Stari Most (Mostar Bridge):
Jambatan yang terkenal ini adalah simbol Mostar dan merupakan mercu tanda
utama bandar ini yang merentangi Sungai Neretva.
Dibina pada abad ke-16 oleh empayar Ottoman. Jambatan ini hancur semasa
Perang Bosnia pada tahun 1993, tetapi telah dibina semula pada tahun 2004 dengan
binaan yang sama untuk mengekalkan keasliannya. Stari Most kini merupakan tapak
Warisan Dunia UNESCO.
Monstar ini terdapat menara utama iaiutu Tara dan Halebija Tower.
Tara Tower (sebelah timur) adalah dulunya tempat penyimpanan senjata yang kini adalah Muzium Jambatan Lama.
Halebija Tower (di sebelah barat) dulunya adalah penjara di tingkat bawah dan pos pengawasan di tingkat atas.
Herceguša Tower di tebing kiri sungai, asalnya adalah sebahagian sistem pertahanan yang dibangunkan untuk melindungi Monstar Bridge.
Dipenuhi dengan kedai-kedai kraf tangan, restoran, dan pasar. Jalan-jalan kecil yang berbatu ini mempamerkan seni bina tradisional Ottoman, termasuk masjid, kedai kopi, dan kedai yang menjual barangan seni tempatan.
Sedikit tentang Konjic:
Bandar kecil yang terletak di tengah-tengah Bosnia dan Herzegovina. Terkenal dengan Old Ottoman Village yang terletak di sekitarnya. Konjic mempunyai sejarah yang kaya, dengan banyak warisan yang berasal dari zaman Ottoman. Kota ini berada di lembah Sungai Neretva, dikelilingi oleh pemandangan alam yang menakjubkan, yang menjadikannya destinasi pelancongan yang menarik.
Antara yang menarik untuk pelancong jika ke Konjic adalah Old Ottoman Village dan juga Jambatan Konjic. Jambatan Konjic adalah salah satu mercu tanda yang paling terkenal, yang merupakan jambatan batu yang dibina oleh Ottoman dan masih digunakan hingga hari ini.
Terowong bersejarah yang terletak di bandar Konjic, Bosnia dan Herzegovina.
Dibina di bawah gunung untuk menghubungkan kawasan Konjic dengan kawasan Jablanica ini.
Panjang Terowong 700 meter dan dibina semasa Perang Dingin pada tahun 1950-an oleh kerajaan Yugoslavia sebagai tempat perlindungan dari potensi serangan nuklear atau serangan udara. Juga dikenali sebagai tempat penyimpanan senjata dan peralatan penting untuk ketenteraan.
Sarajevo
Sarajevo adalah ibu negara Bosnia dan Herzegovina.
Sedikit tentang Sarajevo.
Sarajevo dikenali sebagai "Jerusalem Eropah" kerana kepelbagaian agama dan budaya yang wujud di bandar ini. Ia adalah tempat pertembungan antara Islam, Kristian Ortodoks, Kristian Katolik, dan Yahudi.
Sarajevo memainkan peranan penting dalam sejarah moden, terutamanya dalam peristiwa Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pada tahun 1914, yang menjadi pencetus bagi Perang Dunia I.
Semasa Perang Bosnia (1992-1995) mengalami pengepungan terpanjang dalam sejarah bandar moden, yang berlangsung selama hampir empat tahun, menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan banyak kehilangan nyawa.
Bazar ini yang bercirikan nilai sejarah Uthmaniyah dipenuhi dengan kedai-kedai kraf tangan, restoran tradisional, dan kafe. Jika ingin melihat nilai budaya masyarakat Sarajevo boleh ke sini. Ia juga menjadi pusat aktiviti budaya, termasuk muzik tradisional, seni, dan masakan yang mempamerkan gabungan pengaruh Turki, Balkan, dan Eropah.
Selbij adalah sebuah ‘wooden fountain’ yang terletak di tengah-tengah Dataran Baščaršija di Sarajevo. Ianya dibina sebagai sumber air kepada orang awam terutamanya pejalan kaki dan mereka yang kehausan.
Dulunya terdapat beratus Selbij di Sarajevo. Tetapi kini, hanya binaan ini saja yang masih wujud.
Terdapat beberapa replika Selbij Sarajevo di beberapa negara. Ada yang dibina sebagai hadiah dan ada juga sebagai hubungan persahabatan antara Sarajevo dengan tempat terbabit.
- Belgrade, Serbia
- St. Louis, Missouri, in the United States
- Di Novi Pazar,
- Di Bursa, Turkey
- Rožaje, Montenegro.
Laluan ini adalah salah satu laluan yang diktiraf sebagai kawasan bersejarah di Bosnia. Menariknya laluan ini dipisahkann dengan ciri budaya Timur dan Barat. Boleh kita tengok melalui senibina bangunan yang ada di dua laluan ini.
is located on the main square of Sarajevo’s old trading center – Baščaršija. Masjid ini rosak teruk semasa Perang Bosnia (1992-1995) dan direnovasi semula selepas itu. Juga tergolong dalam Monumen bersejarah Bosnia pada tahun 2006.
Perjalanan Balkan Day 8: Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina










Ulasan
Catat Ulasan