Langkau ke kandungan utama

Perjalanan Balkan Day 4: Macedonia-Tirana, Albania

Kembara Mencari Nilai: Balkan (Day 4: Macedonia-Tirana, Albania)

5 November 2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Day 4 Macedonia - Tirana, Albania

Selepas sarapan, kami bergerak ke Albania.  Perjalanan ke Albania sedikit panjang. Tertunda 3 jam sebab tersangkut jammed kemalangan. Makanya kami sampai di bandar Tirana sudah lewat petang.  Kami terpaksa batalkan hasrat ke Rozafa Castle dan Skhoder Lake.

Kami berhenti rehat seketika untuk ke toilet di Kompleksi Nogu, Albania.

Ramah sangat auntie yang jaga toilet di situ. Dan teruja sekali dia apabila dia tahu kita dari Malaysia dan Muslim sepertinya. Beliau sedia tunjuk toilet mana yang ada pili air.  Cuma saya lupa nama beliau siapa.

 

Sebelum itu, sedikit tentang Tirana:

Tirana ibu negara dan bandar terbesar di Albania.

Disini terdapat Martyrs' Boulevard yang terletak di pusat bandar Tirana iaitu salah satu mercu tanda Albania.

Martyrs' Boulevard  adalah laluan utama melintasi pusat bandar yang menghubungkan beberapa kawasan dan tempat bersejarah yang utama yang dinamakan sempena nama pahlawan kebangsaan Albania yang terkorban dalam Perang Dunia II. Disini kebiasaannya diadakan pelbagai acara kebangsaan, perarakan dan demonstrasi politik.

Antara tempat bersejarah yang ada di sini adalah:

The National History Museum, Piramid Tirana dan Dataran Skanderbeg (dataran yang dikelilingi bangunan penting seperti National Opera dan Masjid Et'hem Bey ) dan juga Mother Theresa Square.

 

 

Sebelum bergerak ke hotel, kami singgah di Mother Theresa Square yang teletak di pusat bandar Tirana.  

Mother Theresa Square

Dikelilingi oleh University of Tirana, Polytechnic University of Tirana, University of Arts dan National Archaeological Museum. Dataran ini menjadi tempat untuk pelbagai event dan sambutan.

 

Polytechnic University of Tirana

Universiti tertua di Albania.

 

National Archaeological MuseumArena Kombëtare(Air Albania Stadium)

Muzium pertama yang dibina selepas Perang Dunia Kedua.



 

Arena Kombëtare (Air Albania Stadium)

Stadium ini berfungsi sebagai gelanggang utama untuk pasukan bola sepak kebangsaan Albania dan Tirana FC. Dibina untuk menggantikan Stadium Qemal Stafa, yang merupakan  stadium sukan bersejarah di Tirana. Dinamakan Air Albania sempena nama syarikat penerbangan kebangsaan Albania yang menjadi penaja pembinaan.



Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini