Kembara Mencari Nilai: Balkan (Day 5: Albania- Montenegro)
6 November 2024
6 November 2024
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Day 5 Albania-Montenegro
Juga dikenali sebagai Great Mosque. Dinamakan sempena nama Saidina Abu Bakar, khalifah pertama umat Islam. Masjid ini dibina pada abad ke 18, diispirasikan dari senibina masjid Uthmaniyah.
Setelah musnah pada zaman komunis, proses pembinaan semula ditaja oleh Arab Saudi. Masjid ini adalah mercu tanda utama di Skhoder selain daripada Rozafa Fortress.
Selepas itu kami bergerak ke Budva.
Budva adalah sebuah bandar pesisir di Montenegro, terletak di Laut Adriatik. Bandar ini dipengaruhi oleh budaya Yunani purba, Rom, Byzantine, dan Venesia.
Budva adalah sebuah bandar pesisir di Montenegro, terletak di Laut Adriatik. Bandar ini dipengaruhi oleh budaya Yunani purba, Rom, Byzantine, dan Venesia.
Kawasan bersejarah yang mempunyai jalan-jalan batu yang sempit, tembok kota purba, gereja-gereja, dan bangunan-bangunan era Venesia. Kini, terdapat pelbagai kafe dan kedai cenderahati di dalamnya tetapi masih mengekalkan design asal yang berbatu.
Yang penting kawasan ni memang cantik untuk mereka yang sukakan fotografi
Dalam Stari Grad ini ada banyak gereja lama yang berasal dari zaman sebelum Empayar Rom. Antaranya Gereja St. Ivan dan Katedral Santa Maria (Gereja ini sekarang digunakan untuk pameran seni dan Konsert Muzik Klasik).
Sebuah kubu bersejarah yang menawarkan pemandangan panorama bandar dan laut. Kubu ini terdiri daripada dinding berbatu.
Kubu ini ada beberapa Menara iaitu Clock tower, St. Mary’s Tower, the Holy Trinity Tower, and the Citadel Tower.
Dan ada 3 pintu utama iaitu: Sea Gate, River Gate dan Mountain Gate.
Budva City Museum juga teletak dalam Citadel ini.
Kalau berkesempatan, boleh masuk ke dalam. Dapat lihat pemandangan dari kubu ni. Memang cantik. Saya sempat ambil gambar dari luar sahaja.
Kotor adalah sebuah bandar bersejarah yang terletak di Montenegro terletak di sepanjang Teluk Kotor (Boka Kotorska) berhampiran sempadan dengan Croatia. Bandar ini dipengaruhi oleh Rom, Byzantine, Venesia, dan Ottoman dan mempunyai banyak gereja serta pelabuhan semula jadi yang dikelilingi oleh gunung-ganang yang tinggi.
Merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO, dengan jalan-jalan sempit, dataran, dan bangunan batu yang berasal dari zaman Venesia. Beberapa mercu tanda utama termasuk
Katedral Saint Tryphon Pima Palace, Dan Menara Jam (Clock Tower).
Ada banyak dataran yang menarik sesuai untuk fotografi seperti Trg od Brašna dan Trg Sv. Nikole.
Kini di dalam kota ini terdapat pelbagai cafe dan kedai menjual cenderahati bagi sesiapa yang berminat. Kalau masa panjang dan berkesempatan boleh melawat Kotor Fortress (pemandangan dari atasnya memang cantik), Kotor Bay, dan Muzium Maritim Kotor.










Ulasan
Catat Ulasan